Sesi Percubaan Percuma Tadika ABS Kembara Bijak


Mahukah tuan/puan mendaftarkan anak-anak ke Tadika ABS dan merasai keseronokan belajar bersama rakan-rakan ?

Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai :

1) Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul.

(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.)

2) Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan 'Tuan Muda' dan 'Cikpuan Muda'.

(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar lebih seronok, gembira dan bahagia.)

3) Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi usahawan yang baik akhlaknya.

(NILAI: Menyelesaikan kesukaran ibu bapa yang tidak pandai cara mengajarkan sendiri ilmu bisnes kepada anak-anak mereka.)

Sesi percubaan percuma 1 minggu bermula 1 Disember 2014.
Telefon / whatsapp <daftar> <nama anak & umur> ke 0177784681.





Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah