Fokus Kepada Perkara Baik Untuk Mendorong Anak-anak


Fokus kepada perkara baik.
Apabila anak melakukan kesalahan teknikal, tutup mata pada kesalahan itu. Buat-buat macam kita tidak nampak salahnya.

Sebaliknya, cari kebaikan untuk dipuji.

Contohnya, anak kecil kita membasuh pinggan sendiri hingga basah lantai dapur.

+ Jangan kritik, marah atau berleter kerana dapur basah.
+ Puji sikap baiknya yang basuh pinggan sendiri. Puji pinggannya yang dicuci bersih.

Nanti sukalah dia menolong kerja rumah. Lama-lama pandailah dia membuat kerja dengan cermat kerana dia seronok melakukan kerja itu.

Dipetik daripada FB Puan Nurhidayah Jaafar, konsultan Teknik Nabi (Tadika ABS).

Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun