Posts

KANAK-KANAK DAN MASALAH PSIKOLOGI

Image
  Psikologi bermaksud sains kesihatan mental menurut beberapa orang ahli psikologis barat. Psikologi bilazim atau abnormal psychology   bermaksud psikologi kesihatan mental. Isu psikologi ini jarang disebut oleh masyarakat tetapi seringkali dikaitkan dengan mental semata-mata. Kesihatan mental kini bukan sahaja merangkumi seseorang yang menunjukkan perlakuan tidak sedar dan tidak normal, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada seseorang yang berperilaku normal, ketawa seperti tiada sebarang masalah dan seorang kanak-kanak. Ya, kanak-kanak di seawal usia 5 tahun tidak terlepas berdepan masalah kesihatan mental. Isu kesihatan mental tidak perlu disalah erti oleh mana-mana pihak seolah-olah memandang individu yang berdepan masalah mental dengan pandangan negatif tetapi pandanglah dengan penuh rasa memahami atau empati. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019, mengenalpasti sejumlah 424,000 kanak-kanak mengalami dan berdepan dengan isu masalah ment...

Meneroka di dapur? Perlu atau Bahaya

Image
Lumrah dalam diri kanak- kanak yang berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun untuk bermain bersama rakan-rakan mereka. Kecenderungan dan perasaan suka untuk melihat keadaan sekeliling. Menurut teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Simund Freund, kecenderungan kanak-kanak pada usia ini suka “explore” dengan keadaan sekeliling dan mencuba sesuatu yang baru. Namun begitu, jika dilihat situasi hari ini, kecenderungan anak-anak kini lebih kepada bermain dengan gajet dan kurang rasa ingin bermain seperti kanak-kanak pada zaman 90-an. Jika dilihat pada mata kasar, mereka kini lebih mahir menggunakan telefon bimbit berbanding orang dewasa. Justeru, keadaan ini yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru. Menurut akhbar atas talian, LLPKN Klang telah mengenalpasti 78.3% kanak-kanak mempunyai gajet peribadi yang diberikan oleh ibu bapa mereka samada sebagai medium pembelajaran dan sebaliknya. Situasi ini menggalakkan anak-anak kurang minat untuk mencuba dan meneroka benda-benda di sekeli...
Image
ANAK-ANAK KURANG MEMBERIKAN RESPONS KETIKA MENANGKAP DAN MEMBALING BOLA KE ARAH SASARAN? 3 AKTIVITI MOTOR KASAR INI PERLU DILAKUKAN DAN DIPRAKTIKKAN KEPADA ANAK-ANAK. Kanak-kanak yang aktif dan mampu memberikan tindak balas terhadap rangsangan ialah mereka yang telah master dan berjaya meningkatkan kemahiran motor kasar masing-masing. Namun begitu, bagaimana pula dengan kanak-kanak yang kurang atau lemah dalam memberikan responds atau tindak balas terhadap rangsangan? Adakah ini menandakan bahawa kurangnya kemahiran dan tindak balas yang sepatutnya diberikan terhadap rangsangan? Ibu bapa khususnya haruslah memainkan peranan dalam memastikan anak-anak lebih mahir dalam motor kasar di samping guru-guru yang menjalankan aktiviti motor kasar di tadika dan tempat asuhan. Sebelum mengetahui 3 aktiviti motor kasar dengan lebih lanjut, apakah yang dimaksudkan dengan motor kasar? ...

CILIK BIJAK TANI MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DI TADIKA.

Image
Perkembangan kanak-kanak pada peringkat usia 3 hingga 6 tahun pada masa kini dapat dilihat banyak fokus kepada aspek pembelajaran. Mereka diuji dan diukur tahap kemampuan melalui cara penulisan, membaca dan keupayaan untuk memahami topik pelajaran. Namun begitu, banyak kajian daripada beberapa rujukan tentang perkembangan awal kanak-kanak menunjukkan perkembangan seorang kanak-kanak dapat dilihat apabila mereka didedahkan dengan aktiviti sosial di luar kelas. Aktiviti sosial yang dimaksudkan ialah seperti aktiviti bertani dan bercucuk tanam kerana ia melibatkan pergerakan fizikal dan mental yang lebih cergas. Selain itu, aktiviti betani juga boleh memupuk kepada keupayaan sosial yang tinggi bagi memupuk rasa dan emosi cinta akan alam sekitar dan mesra alam dalam kalangan kanak-kanak. Seorang kanak-kanak yang cergas dari aspek mental dan fizikal dapat dilihat dari sudut perkembangan pembelajaran mereka juga seiring dan baik sedikit sebanyak membantu m...

Kekalkan Tenaga Anak-Anak yang Berpuasa Sepanjang Bulan Ramadan

Image
  TABIAT PEMAKANAN YANG MEMBOLEHKAN KANAK-KANAK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BULAN RAMADAN Marhaban Ya Ramadan! Bulan Ramadan tiba lagi. Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik akhirnya tiba juga bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadan. Ibu bapa semestinya orang yang paling bersemangat dan teruja mengajar serta melatih anak-anak khususnya kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk mula berpuasa secara berperingkat. Mengajar anak-anak berpuasa mungkin merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuh oleh ibu bapa. Namun begitu, situasi tersebut akan menjadi lancar dan teratur sekiranya ibu bapa bijak menguruskan pemakanan si kecil mengikut tahap ketahanan anak-anak itu. Tidak kisahlah jika anak-anak hanya mampu berpuasa hanya separuh hari atau sebaliknya, ibu bapa semestinya menyokong anak-anak serta sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak untuk menjalani ibadah puasa pada hari berikutnya. Antara aspek atau elemen yang mampu membuatkan kanak-kan...

Fine Motor Movement? Apakah contoh-contoh elemen ini dalam perkembangan pergerakan kanak-kanak?

Image
  PERKEMBANGAN MOTOR HALUS             Acap kali kita mendengar tentang perkataan motor halus ini. Namun begitu, adakah kita sebagai guru mahupun ibu bapa mengetahui sepenuhnya definisi motor halus atau dalam Bahasa Inggeris bermaksud Fine Motor Movements ini? Dipetik daripada laman web Sakinahamid.com, motor halus ialah penggunaan anggota badan bagi melakukan pergerakan yang hanya melibatkan otot-otot kecil pada jari jemari serta pergelangan tangan, jari kaki, bibir dan juga lidah. Rajah 1. Carta Piramid Perkembangan Motor Halus             Terdapat beberapa fasa dalam perkembangan motor halus ini iaitu: 1.  Perg erakan jari-jemari ( Fine Motor Movements ) Contoh permainan / aktiviti yang melibatkan pergerakan jari-jemari:   2. Fine Motor Strength Water Spray Pinching cloth pegs Squeezing 3..  Koordinasi Tangan-Mata (Eye-Hand Coordination) Ring toys ...

Cef Cilik : Resipi Nugget Homemade

Image
Kembara Cuti Sekolah kali ini membawakan 4 menu untuk 4 minggu. Minggu pertama : Tauhu Begedil Minggu kedua : Kek Cawan Coklat Minggu ketiga : Aiskrim Malaysia Oreo & Cokicoki Minggu keempat : Nugget Homemade Slot kali ini dikendalikan oleh Master Chef Cikgu Maziah. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan :        Isi dada ayam dipotong kecil 2 biji telur 5 ulas bawang putih 2 biji bawang merah Serbuk lada hitam & putih (secukup rasa) 3 sudu makan tepung ubi kayu Garam dan perasa (1 kiub ayam jika suka)  Lobak merah dipotong halus Daun sup  Sedikit mentega (untuk disapu pada loyang sebelum dikukus) Salutan : Tepung gandum 1 sudu makan Tepung beras 1 sudu makan Telur Serbuk roti Cara-caranya : 1. Kisar bahan-bahan sehingga halus. Kami gunakan pengisar biasa sahaja. 2. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuangkan bahan telah dikisar tadi. 3. Kukus selama 30 minit. 4. Keluarkan 'kek nugget' dan potong mengikut saiz yang diingini. 5. ...