ANAK-ANAK KURANG MEMBERIKAN RESPONS KETIKA MENANGKAP DAN MEMBALING BOLA KE ARAH SASARAN? 3 AKTIVITI MOTOR KASAR INI PERLU DILAKUKAN DAN DIPRAKTIKKAN KEPADA ANAK-ANAK.
Kanak-kanak yang aktif dan mampu memberikan tindak balas terhadap rangsangan ialah mereka yang telah master dan berjaya meningkatkan kemahiran motor kasar masing-masing. Namun begitu, bagaimana pula dengan kanak-kanak yang kurang atau lemah dalam memberikan responds atau tindak balas terhadap rangsangan? Adakah ini menandakan bahawa kurangnya kemahiran dan tindak balas yang sepatutnya diberikan terhadap rangsangan? Ibu bapa khususnya haruslah memainkan peranan dalam memastikan anak-anak lebih mahir dalam motor kasar di samping guru-guru yang menjalankan aktiviti motor kasar di tadika dan tempat asuhan. Sebelum mengetahui 3 aktiviti motor kasar dengan lebih lanjut, apakah yang dimaksudkan dengan motor kasar?
Motor kasar ataupun Gross Motor Skill ialah kebolehan seseorang untuk mengawal otot-otot besar pada badan seperti berjalan, melompat, berlari, merangkak dan aktiviti yang melibatkan pergerakan otot-otot besar (Dipetik daripada laman web Excelqalif.com). Selain itu, perkembangan kemahiran motor kasar ini akan berkembang seiring dengan usia kanak-kanak itu serta kebanyakan kemahiran motor kasar ini berkembang ketika zaman kanak-kanak. Ibu bapa dan guru haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam melatih anak-anak supaya mahir dalam aktiviti motor kasar ini. Walau bagaimanapun, ibu bapa dan guru janganlah terus memaksa anak-anak untuk membuat aktiviti tersebut sebaliknya memberikan kata-kata perangsang dan semangat untuk anak-anak agar mereka tidak jemu mencuba.
Antara aktiviti motor kasar yang boleh dilakukan ialah bergayut pada monkey bar. Bagi anak-anak yang masih belum mahir dalam motor kasar, salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah bergayut pada monkey bar. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya tahan anak anda dalam aspek cengkaman pada tiang dan juga mampu meningkatkan kemahiran motor halus iaitu menulis menggunakan pensel dengan lebih baik. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan koordinasi tangan-mata.
Selain itu, aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor kasar ialah aktiviti melompat tali. Aktiviti ini juga dapat dilakukan di rumah menggunakan tali rafia atau tali panjang yang diikatkan pada kedua-dua hujung tali. Setelah itu, anak-anak bolehlah melompat melepasi tali dengan pantauan daripada ibu bapa atau guru. Aktiviti ini mampu meningkatkan keyakinan anak-anak dari segi kebolehan untuk melompat melepasi tali serta meningkatkan koordinasi kaki-mata.
Akhir sekali, aktiviti berlari melepasi halangan. Aktiviti menarik ini mampu meningkatkan semangat serta melonjakkan kemahuan kanak-kanak untuk melakukan larian melepasi halangan. Item yang diperlukan juga mudah iaitu gegelung hola hoop serta kerusi mini. Masukkan gegelung hola hoop ke dalam kerusi (Rujuk gambar di bawah) dan sedia untuk bermain. Aktiviti ini dapat meningkatkan pergerakan otot-otot besar serta membolehkan kanak-kanak untuk lebih focus dalam sesuatu situasi mahupun sesuatu keadaan.
Secara tuntasnya, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah supaya perkembangan motor kasar anak-anak dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana perkembangan motor kasar berkait rapat dengan motor halus kanak-kanak itu sendiri. Selamat mencuba tuan muda dan cik puan muda!
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR
PDPR atau Pembelajaran Di Rumah merupakan kaedah pembelajaran norma baharu yang kini diaplikasikan dalam kalngan masyarakat kini bukan sahaja disesetengah negeri tetapi secara keseluruhan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, peningkatan kes jangkitan CoronaVirus dalam kalangan masyarakat Malaysia mencapai penularan yang tidak dan mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami kekangan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari rumah. PDPR atau konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian yang menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom ataupun WhatsApp Video. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran secara moden dan boleh mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara salah satu kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan pembelaja...
Comments
Post a Comment