KANAK-KANAK DAN MASALAH PSIKOLOGI

 

Psikologi bermaksud sains kesihatan mental menurut beberapa orang ahli psikologis barat. Psikologi bilazim atau abnormal psychology  bermaksud psikologi kesihatan mental. Isu psikologi ini jarang disebut oleh masyarakat tetapi seringkali dikaitkan dengan mental semata-mata. Kesihatan mental kini bukan sahaja merangkumi seseorang yang menunjukkan perlakuan tidak sedar dan tidak normal, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada seseorang yang berperilaku normal, ketawa seperti tiada sebarang masalah dan seorang kanak-kanak. Ya, kanak-kanak di seawal usia 5 tahun tidak terlepas berdepan masalah kesihatan mental. Isu kesihatan mental tidak perlu disalah erti oleh mana-mana pihak seolah-olah memandang individu yang berdepan masalah mental dengan pandangan negatif tetapi pandanglah dengan penuh rasa memahami atau empati.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019, mengenalpasti sejumlah 424,000 kanak-kanak mengalami dan berdepan dengan isu masalah mental. (Sinar Harian,2020) Iainya bukan lagi masalah yang biasa tetapi kini telah mencapai pada tahap yang luar biasa. Ibu bapa khususnya perlu mengambil cakna dengan isu ini bagi membantu dan mengenalpasti sekiranya anak-anak kita merupakan salah seorang kanak-kanak yang menderita isu ini di usia muda. Sakit luka dapat diubati dengan ubat-ubatan, tetapi jika isu masalah mental, memahami dan mendengar adalah solusi yang paling diperlukan oleh seorang pesakit.

·         ðŸ’¦Attention Deficit and Hyperactive Disorder

Gejala atau tabiat kanak-kanak yang sukar untuk fokus pada suatu perkara atau hiperaktif yang berlaku secara berterusan sehingga 6 bulan ke atas hingga menunjukkan tahap yang tidak konsisten pada tahap perkembangan dan memberi kesan negative pada aktiviti sosial dan akademik.



·         ðŸ’¦Depression

Tekanan perasaan yang menunjukkan perubahan mood atau perasaan seseorang dalam tempoh yang lama. Keadaan terlalu gembira, telalu sedih atau berfikiran negatif. Perubahan ini dapat dilihat apabila seseorang menunjukkan perubahan pada aktiviti seharian, fizikal dan perasaan.



·        💦 Separation Disorder

Seseorang individu menunjukkan sikap sukar dan sangat takut untuk berpisah dengan kediaman rumah atau ibu bapa. Perasaan ini timbul khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan perasaan tersebut akan dapat diatasi dengan pertambahan usia dan perkembangan seseorang kanak-kanak.



 

(Rujukan daripada DSM-5)


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA ISU KESIHATAN MENTAL

 

                                I.            Sejarah Keluarga

Isu kesihatan mental seringkali diabaikan oleh sesetengah pihak sehingga tidak sedar bahawa penyakit ini lebih bahaya dari sakit fizikal kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Justeru, sakit tersebut tidak diubati seterusnya hanya membiarkan penyakit tersebut bersarang dalam diri. Apabila penyakit tersebut menjadi punca dari sejarah keluarga, memang sukar untuk dielak tetapi tidak mustahil untuk diubati. Kesimpulannya, setiap ahli keluarga, haruslah cakna dan jelas dengan perubahan kecil yang dialami oleh ahli keluarga kita.

                                I.            Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada terjadinya masalah atau gangguan psikologis seorang kanak-kanak tersebut. Faktor persekitran boleh dikategorikan kepada 2 bahagian yang pertama ialah faktor di rumah, dan yang kedua adalah faktor di sekolah. Kupasan tentang faktor dirumah, kanak-kanak berkecenderungan mengalami tekanan perasaan, trauma, takut atau ganas apabila mereka berdepan dengan situasi-situasi yang boleh membuatkan mereka berasa demikian. Sebagai contoh, keganasan rumah tangga, pergaduhan antara ibu bapa bukan sahaja menyebabkan anak berasa takut, tetapi membuatkan mereka berasa tekanan seterusnya membuatkan mereka melakukan perlakuan yang sama seperti yang mereka lihat.

Begitu juga faktor persekitaran di sekolah. Murid-murid sekolah rendah khususnya akan mengalami isu ini apabila mereka menjadi mangsa buli rakan di sekolah, dan apabila pulang ke rumah mereka mengadu tiada sesiapa yang mempercayai mereka. Kanak-kanak seperti ini seringkali dikaitkan dengan situasi kekurangan kasih sayang dan perhatian dari orang sekeliling justeru mendorong mereka meluahkan perasaan melalui reaksi ganas atau bersendirian.

                             II.            Penggunaan Gajet

Pengaruh gajet yang keterlaluan boleh menjadi salah satu faktor yang penting dalam isu psikologi dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, mereka akan menyaksikan paparan tanpa tapisan seperti aksi berlawan sehingga menyebabkan mereka meniru aksi tersebut seterusnya menjadi seolah-olah kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka.


CARA MENGATASI

ü  Merujuk dengan pakar

Pakar bermaksud seseorang idividu yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan untuk membantu kanak-kanak dalam isu masalah psikologi ini dengan cara dan rawatan bersesuai. Pakar yang dimaksudkan bukan sahaja seorang psikatri, tetapi sebagai langkah awal, kanak-kanak sebegini boleh terlebih dahulu membuat sesi kaunseling bersama dengan kaunselor. Jangan bimbang, kaunseling turut menggariskan tentang kaunseling dan terapi untuk kanak-kanak.

Seterusnya, seorang psikologis juga boleh membantu dengan cara menintikberatkan rawatan secara terapi dan rawatan bersesuaian. Akhir sekali, jika kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan, temujanju bersama psikatri amat digalakkan. Psikatri bukan bermaksud mereka gila atau hilang kewarasan, tetapi cara menangani dengan ubatan lebih sesuai dan hanya seorang psikatri mampu memberi ubatan yang sesuai.

ü  Terapi

Terapi tidak semestinya dengan pakar sahaja, ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh melakukan aktiviti terapi dengan kanak-kanak tersebut. Terapi juga merupakan salah satu kaedah bagi membantu mereka meredakan perasaan atau tekanan yang dialami. Sebagai contoh, terapi haiwan, dengan membeli atau memberi mereka seekor haiwan, mereka boleh meluahkan perasaan dengan haiwan berkenaan atau bermain dengan haiwan tersebut hingga melupakan tekanan mereka.

Terapi air, membawa kanak-kanak bermandi-manda akan membuatkan mereka berasa tenang kerana sifat air adalah menyejukkan.

Seterusnya adalah terapi bermain, Menurut Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Siti Nurbaila Yusof, bermain adalah salah satu bentuk komunikasi atau bentuk psikoterapi untuk merangsang minda kanak-kanak bagi mengekpresikan emosi mereka. Justeru, mereka tidak akan merasakan isu terbeban atau tekanan.

ü  Peranan ibu bapa

Peranan ibu bapa sangat penting dalam isu ini, hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu dan ayah perlu menanam sikap memahami dan membuang sikap menghakimi anak-anak. Ibu dan bapa perlu lebih cekap mengenalpasti perubahan emosi atau tingkah laku anak-anak seharian. Menjadi seorang good listener juga sangat digalakkan seupaya anak-anak berasa ada seseorang untuk mereka meluahkan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan sebagai bahu untuk anak-anak bersandar dan telinga untuk anak-anak meluahkan.


Kesimpulannya, peratusan masalah mental dalam kalangan rakyat Malaysia kini tidak semestinya berpunca daripada masalah pada masa mereka dewasa, tetapi tekanan atau trauma yang disimpan sejak merekan kecil menjadi beban kepada mereka seperti teori iceberg bahagian atas hanya sedikit puncak ais yang kelihatan, tetapi pada dasarnya, terlalu besar bongkah ais yang beku dank eras dan sukar untuk dipecahkan. Justeru, jangan mengabaikan isu ini, kerana isu kesihatan mental adalah pembunuh dalam diam.

 


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah