Posts

Menggilap Bakat Anak Melalui Aktiviti Seni & Kraf

Image
Program cuti sekolah di Tadika ABS Kembara Bijak, Jitra, Kedah Program A : 23-24 November 2014  Terbuka bagi yang tiada asas lukisan Kelas Asas Lukisan & Bahasa Arab (2 jam setiap sesi) RM20 seorang setiap sesi, RM30 datang berdua, RM10 seorang 1 sesi bagi pelajar dan adik beradik  Program B : 25-27 November 2014 4-12 tahun Kelas Seni & Kraf (2 jam setiap sesi) RM10 seorang setiap sesi, RM5 seorang setiap sesi (pelajar tadika & adik beradik). Program C :   5,6,12,13 Disember 2014 7-12 tahun Kelab Robotik (2 jam setiap sesi) RM50 seorang 1 sesi, RM40 seorang 1 sesi (adik-beradik pelajar tadika). Program D :  12,13 Disember 2014 3-12 tahun Kembara Chef Cilik (2 jam setiap sesi) RM10 seorang 1 sesi, RM5 seorang 1 sesi (pelajar tadika dan adik-beradik). Whatsapp <Program A/B/C/D> <nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar

Ingin Belajar Asas Melukis Dan Bahasa Arab Semasa Cuti Sekolah Ini ?

Image
Program Cuti Sekolah Di Tadika Kembara Bijak Jitra Belajar Asas Lukisan dan Bahasa Arab bersama Tuan Ustaz Nasrul Lagendaseni. Serlahkan potensi anak-anak kita dengan mendedahkan mereka dalam pelbagai aktiviti. Biarkan anak berkreativiti  dan berimaginasi. Anak-anak inilah yang bakal mengubah dunia. Ibu-bapa yang tiada asas lukisan juga boleh turut serta. Inilah salah satu cara meluangkan masa bersama anak-anak di samping menambah pengalaman dan ilmu baru. Whatsapp <lukis> <nama & umur> ke 0177784681.

Sesi Percubaan Percuma Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Mahukah tuan/puan mendaftarkan anak-anak ke Tadika ABS dan merasai keseronokan belajar bersama rakan-rakan ? Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai : 1) Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul. (NILAI: Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.) 2) Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan 'Tuan Muda' dan 'Cikpuan Muda'. (NILAI: Jiwa dan emosi pelajar lebih seronok, gembira dan bahagia.) 3) Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi usahawan yang baik akhlaknya. (NILAI: Menyelesaikan kesukaran ibu bapa yang tidak pandai cara mengajarkan sendiri ilmu bisnes kepada anak-anak mereka.) Sesi percubaan percuma 1 minggu bermula 1 Disember 2014. Telefo...

5 Faedah Menjadi Ahli Kelab Robotik Kembara Bijak

Image
5 Faedah Menjadi Ahli Kelab Robotik Kembara Bijak 1. Belajar prinsip saintifik seperti teori kuasa elektrik 2. Belajar fokus semasa membina robot mengikut arahan 3. Belajar konsep penyelesaian masalah melalui eksperimen 4. Merasai sendiri  pengalaman menggerakkan robot 5. Melatih kreativiti dalam membuat rekabentuk robot ciptaan sendiri Sasaran 2 robot dihasilkan dalam 1 sesi Terhad 4 peserta setiap sesi Umur 7-12 tahun 8 Sesi Dibuka : Sesi A : 5 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi) Sesi B : 5 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang) Sesi C : 6 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi) Sesi D : 6 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang) Sesi E : 12 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi) Sesi F : 12 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang) Sesi G : 13 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi) Sesi H : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang) Bayaran RM50 seorang 1 sesi @ RM40 seorang 1 sesi bagi peserta yang mempunyai adik-beradik berdaftar sebagai Pelajar Tadika A...

Gambar Aktiviti Playgroup LEGO di Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Masa sejam ini telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa yang hadir. Melihat potensi dan perkembangan anak-anak yang kadang-kadang tidak disedari apabila duduk bersendirian di rumah. Raikan bakat dan potensi anak-anak. Dedahkan dengan p elbagai aktiviti supaya kita boleh nampak potensi bakat yang ada dalam diri mereka. Setiap anak adalah unik, setiap kita ada anugerah bakat yang Allah berikan. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar kita berbakat kerana kita boleh buat sesuatu perkara dengan mudah. Buka sahaja mulut suaranya sudah merdu, pegang sahaja pensil, tulisannya sudah cantik. Pada kita mungkin itu biasa, tetapi bagi orang lain yang melihatnya, ia satu bakat anugerah Allah pada hamba-Nya. Sekiranya bakat itu dijumpai dan digilap tanpa putus asa, akan muncullah ramai insan luar biasa, insya-Allah. Adakah tuan/puan melatih kreativiti anak melalui permainan LEGO? Whatsapp <lego> <nama dan umur anak> ke 0177784681 untuk mendaftar. Tuan Mud...

Aktiviti Bermain LEGO Sambil Berkawan Di Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan aktiviti Playgroup LEGO Setiap Jumaat & Sabtu, sepanjang November 2014 ini. 4 Faedah Utama Menyertai Playgroup LEGO Ini : 1. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan pelbagai bentuk menggunakan LEGO 2. Melatih koordinasi mata dan tangan 3. Mengenal bentuk dan warna sambil mengira 4. Belajar berkawan-kawan dan berkongsi permainan Terhad 5 ahli satu sesi bagi anak-anak 3-6 tahun Bayaran RM5 seorang satu sesi (percuma buat pelajar yang telah mendaftar di Tadika ABS Kembara Bijak). Whatsapp <lego> <nama anak> <umur> ke 0177784681 untuk mendaftar. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah 0177784681

Fokus Kepada Perkara Baik Untuk Mendorong Anak-anak

Image
Fokus kepada perkara baik. Apabila anak melakukan kesalahan teknikal, tutup mata pada kesalahan itu. Buat-buat macam kita tidak nampak salahnya. Sebaliknya, cari kebaikan untuk dipuji. Contohnya, anak kecil kita membasuh pinggan sendiri hingga basah lantai dapur. + Jangan kritik, marah atau berleter kerana dapur basah. + Puji sikap baiknya yang basuh pinggan sendiri. Puji pinggannya yang dicuci bersih. Nanti sukalah dia menolong kerja rumah. Lama-lama pandailah dia membuat kerja dengan cermat kerana dia seronok melakukan kerja itu. Dipetik daripada FB Puan Nurhidayah Jaafar , konsultan Teknik Nabi (Tadika ABS).