KESAN NEGATIF TELEVISYEN TERHADAP KANAK-KANAK

 


Pada zaman moden kini, ramai ibu bapa mengalami kekangan masa untuk bersama anak-anak dek kerena tuntutan pekerjaan dan sebagainya. Justeru, sesetengah ibu bapa yang menitik beratkan hubungan dan masa dengan anak-anak akan mencuba edaya upaya meluangkan masa dengan anak mereka walaupun dengan hanya menonton televisyen. Anak juga akan berasa lebih dekat, boleh berkomunikasi dan rasa disayangi oleh ibu bapa mereka.

Apabila di depan televisyen pelbagai jenis tayangan dapat disaksikan seperti lucu, aksi, romantik dan pendidikan. Namun begitu, ibu bapa juga terlepas sesuatu yang penting ketika menonton bersama anak-anak iaitu memilih rancangan yang sesuai disaksikan oleh keluarga. Kadangkala tanpa kita sedar ada sesetengah rancangan yang memaparkan aksi ganas, lucah, dan menakutkan. Sifat anak-anak hanya meniru tanpa mengetahui ianya betul atau salah  Kadang-kadang mereka meniru aksi tersebut dan hanya ditertawakan oleh ibu bapa tanpa membenarkan aksi tersebut boleh dilakukan atau tidak. 

Justeru, banyak kesan negatif apabila rancangan tontonan anak-anak tidak dikawal dengan sebaiknya. Antara kesan tersebut ialah:

 

·         Kartun tanpa dialog

Terdapat kartun yang tidak berkata-kata, tetapi memaparkan pelbagai aksi menarik dan lucu. Lalu berjaya mengekalkan minat kanak-kanak untuk menonton. Kanak-kanak yang menonton kartun sebegini tidak berpeluang mempelajari bahasa dan perkataan baru.

·         Aksi berlebihan

Selain itu, kartun yang mengandungi banyak aksi dalam satu masa seperti aksi tumbuk, tendang dan tembak yang dipaparkan dengan pantas.  juga memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak akaan meniru aksi tersebut seterusnya melakukan aksi yang sama terhadap rakan di sekolah sehingga mengakibatkan kecederaan.

·         Bahasa Asing

Banyak kartun dan rancangan kanak-kanak kini mengandungi dialog asing seperti bahasa inggeris, bahasa Indonesia dan jepun. Iainya tidak dinafikan sangat baik untuk perkembangan dan kemahiran bahasa asing dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi penggunaan bahasa tersebut perlulah diberi perhatian kerana sesetengah pekataan mengandungi maksud yang tidak baik, ganak dan lucah. Jika dibiarkan, anak-anak akan terus-menerus menggunakaan perkataan tersebut pada guru, rakan dan orang sekeliling. Sebagai contoh :

“shit” ,”What The F***” , “goblok” , “kamu  teruk: dan lain-lain.

·         Kurang daya imaginasi

Daya imaginasi melatih keupayaan kreativiti kanak-kanak. Apabila kanak-kanak menonton TV terlalu lama, masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti berbentuk imaginasi telah berkurang Pelbagai aktiviti sedemikian boleh dilakukan, Contohnya mewarna, membina blok,  bermain lego dan bermain olok-olok.


·           Ketakutan Berhadapan Dengan Dunia Realiti

    Mengganggap dunia ini menakutkan yang mungkin akan berlaku pada dirinya. Walau pun              

   diberitahu bahawa imej yang ditunjukkan bukan sesuatu

   yang sebenar tetapi kanak-kanak tidak  dapat  

   membezakan antara fantasi dan realiti.


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah