DIABETES RELEVAN PADA KANAK-KANAK
Menurut laporan tahun 2014 oleh International Diabetes Federation, kira-kira 497,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia telah didiagnos dengan kencing manis (Jenis 1). Gaya hidup yang banyak duduk di kalangan kanak-kanak dikatakan penyumbang kepada peningkatan kes-kes kencing manis setiap tahun.
Sebenarnya kanak-kanak dan remaja juga
tidak terkecuali daripada penyakit ini. Malah, diabetes adalah satu daripada
penyakit kronik yang paling biasa semasa kecil dan boleh dihidapi kanak-kanak
dalam setiap umur termasuklah anak-anak kecil dan bayi. Pada masa ini,
dianggarkan lebih 1 juta kanak-kanak menghidap diabetes di seluruh dunia dan
bilangan mereka akan terus meningkat pada kadar 3 hingga 5 peratus setiap
tahun.
TANDA AWAL PENGHIDAP DIABETES
Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan
kanak-kanak adalah seperti berikut.
1. KERAP KENCING
Oleh kerana kadar gula darah dalam tubuh anak meningkat, tubuh mereka
akan meresponnya dengan cara menghilangkan lebihan glukosa melalui ginjal. Ini
membuatkan anak makin kerap buang air kecil dalam jumlah banyak.
2. KEHILANGAN BERAT BADAN
Jika berat badan anak tetap menurun walaupun telah makan lebih banyak, ia
adalah tanda amaran yang ibu ayah perlu alert. Apabila
tubuh anak tidak dapat menyerap gula dalam dara, jaringan otot dan lemak
menyusut sehingga terjadi penurunan berat badan. Buat pengetahuan ibu ayah,
penurunan berat badan biasanya menjadi tanda pertama anak mempunyai diabetes
Type 1.
3. SELALU LAPAR
Bila tubuh anak
tak hasilkan insulin yang secukupnya, glukosa atau gula dari makanan yang masuk
ke tubuh anak mama tak mampu diserap oleh tubuh secara efisien. Situasi
tersebut membuatkan kanak-kanak sentiasa lapar.
4. SENTIASA KELIHATAN LETIH
Kanak-kanak akan menjadi
letih dan lesu sebab tubuh mereka tak dapat serap glukosa dengan baik, yang
menyebabkan sel-sel dalam tubuh si manja kekurangan tenaga untuk melakukan
aktiviti tak kiralah aktiviti ringan atau berat.
Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab memastikan anak anda selamat
dengan membina rutin baharu yang praktikal, tetapi mereka juga perlu menjadi
sistem sokongan yang penting kepada anak,” ulasnya. Kanak-kanak dengan diabetes
mengharapkan sokongan ibu bapa secara fizikal, misalnya membantu mereka memberi
suntikan insulin, serta dari segi emosi, seperti bercakap tentang perasaan
mereka mengenai penyakit yang baru dialami dan akan berkekalan itu. Bagi
menunjukkan sokongan, ibu bapa perlu menjadi lebih prihatin dengan melibatkan
diri secara aktif dalam penjagaan harian anak mereka dan memulakan perbualan
terbuka sejurus selepas didiagnosis.
Comments
Post a Comment