Posts
Showing posts from May, 2023
DIABETES RELEVAN PADA KANAK-KANAK
- Get link
- X
- Other Apps
By
Cikgu Anis
-
Menurut laporan tahun 2014 oleh International Diabetes Federation, kira-kira 497,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia telah didiagnos dengan kencing manis (Jenis 1). Gaya hidup yang banyak duduk di kalangan kanak-kanak dikatakan penyumbang kepada peningkatan kes-kes kencing manis setiap tahun . Sebenarnya kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali daripada penyakit ini. Malah, diabetes adalah satu daripada penyakit kronik yang paling biasa semasa kecil dan boleh dihidapi kanak-kanak dalam setiap umur termasuklah anak-anak kecil dan bayi. Pada masa ini, dianggarkan lebih 1 juta kanak-kanak menghidap diabetes di seluruh dunia dan bilangan mereka akan terus meningkat pada kadar 3 hingga 5 peratus setiap tahun. TANDA AWAL PENGHIDAP DIABETES Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut. 1. KERAP KENCING Oleh kerana kadar gula darah dalam tubuh anak meningkat, tubuh mereka akan meresponnya dengan cara menghilangkan lebi
CEF CILIK TADIKA KEMBARA BIJAK 2023
- Get link
- X
- Other Apps
By
Cikgu Maziah
-
kepentingan kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak
- Get link
- X
- Other Apps
By
Cikgu Farah
-
-Petunjuk kebolehan membaca Pakar mengatakan bahawa apabila kanak-kanak menunjukkan minat awal untuk menulis, mereka secara automatik akan gemar membaca. Hubungan antara membaca dan menulis sangat mendalam. Mengajar kanak-kanak cara menulis pada usia muda membantu mengenali perkaitan antara bunyi huruf dan perkataan yang dicipta oleh bunyi fonetik. -Menyampaikan fikiran Keupayaan untuk menggunakan perkataan untuk meluahkan fikiran yang paling dalam adalah tidak ternilai dan mempelajari cara menulis akan membolehkan anak berkomunikasi dengan dunia dengan cara yang lebih bermakna. Memberi tumpuan kepada kepentingan kemahiran menulis juga akan membawa perhatian anak kepada fonetik dan pemahaman bacaan. Melalui penulisan anak akan dapat berkomunikasi dan berkongsi perspektif unik mereka dengan orang lain. -Kemahiran seumur hidup Menulis bukanlah satu kemahiran yang akan digunakan oleh kanak-kanak di sekolah sahaja. Ini adalah kemahiran yang akan mereka gunakan sepanja
AKTIVITI DAN PERMAINAN BERSAMA ANAK AKTIF
- Get link
- X
- Other Apps
By
Cikgu Anis
-
Ibu bapa pada pasca 2023 ini banyak merungut tentang sukar meluangkan masa dengan anak masing-masing. Akibat kesibukkan dan kesuntukkan masa, kebnayakkan anak-anak yang membesar kini lebih banyak meluangkan masa dengan gadget dan alat multimedia yang lain dan kurang pendedahan kepada persekitaran seperti tahun 80-an hingga 90-an dahulu. Mungkin pada pandangan kepada sesetengah individu mendedahkan anak pada gadget sangat membantu dalam aspek menangani isu anak aktif, adhd dan autism. Apabila anak tidak memperoleh gadget akan menjadikan anak tantrum, bertindak nakal dan sukar ditangani. Justeru, beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak dalam mengawal tindakan agresif kanak-kanak. TINGTING Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi. Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi otot mereka. Ini kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan bada