KEPENTINGAN PERBUALAN PAGI KEPADA KANAK-KANAK
Perbualan
pagi merupakan satu aktiviti yang dijalankan di Prasekolah. Pelbagai kemahiran
dapat diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi. Salah satu kemahiran yang
diterapkan melalui aktiviti perbualan pagi ialah kemahiran sosial dan emosi.
Kemahiran sosial dan emosi diperlukan oleh kanak-kanak dalam menyesuaikan diri
dengan persekitaran pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, perbualan pagi
bermula di New Jersey pada tahun 1991. Pelbagai istilah digunakan bagi
perbualan pagi antaranya ialah Tribes, Learning Circles dan kini disebut
sebagai Circle Solutions (Roffey & Mccarthy 2013). . Selain daripada itu,
pengajaran perbualan pagi juga mampu memperkembangkan kemahiran seperti lima
kemahiran yang dipelajari secara tidak langsung melalui perbualan pagi ialah
kemahiran melihat, kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran berfikir
dan juga kemahiran pengamatan (Mosley 2008). Berikut merupakan kepentingan
perbualan pagi kepada kanak-kanak.
·
Meningkatkan kemahiran sosial
Perbualan pagi boleh juga diadaptasi bagi mengenal keperluan sosial serta
komunikasi seperti kanak-kanak autisme. Ini bermakna setiap murid keperluan
khas dapat melibatkan diri dalam aktiviti perbualan pagi. Salah satu matlamat
utama bagi kanak-kanak ialah menyediakan mereka dengan peluang untuk belajar
serta aktiviti bagi membolehkan mereka bersama dengan rakan sebaya dalam
kumpulan. Hasil dapatan kajian Zheng et al. (2014) mendapati perbualan pagi
sangat berkembang dari segi pengamalan di kalangan guru dan ia merupakan kaedah
yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran personal serta kemahiran sosial
kanakkanak (Lown 2002)
·
Mewujudkan hubungan baik bersama guru
Perbualan pagi juga dapat mewujudkan hubungan yang baik bersama guru.
Rutin harian seperti perbualan pagi memberikan peluang interaksi sosial di
antara guru dan juga murid-murid. Ini menjelaskan bahawa perbualan pagi
merupakan kaedah dalam membina dan mengekalkan hubungan bersosialisasi.
·
Mewujudkan kesediaan untuk belajar
Ia juga mampu mewujudkan kesediaan murid untuk belajar pada hari yang
berkenaan. Aktiviti perbualan pagi yang dijalankan oleh guru dapat meningkatkan
kemahiran murid dari segi sosial dan emosi secara tidak langsung. Model
Collaborative for Academic, Social and Emotional Learning (CASEL) 2014
menyatakan terdapat lima komponen kemahiran sosial dan emosi seperti kemahiran
pengurusan diri, kemahiran kesedaran diri, kemahiran membuat keputusan,
kemahiran kesedaran sosial serta kemahiran berhubung.
Comments
Post a Comment