7 CARA MENDIDIK KANAK-KANAK
ADHD
Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan
kanak-kanak atau disebut sebagai hiperaktif. Antara 7 Cara mendidik Kanak-
kanak ADHD atau lebih dikenali sebagai hiperaktif adalah seperti berikut :
1. 1.Tetapkan
tingkah laku
Peranan
keibubapaan yang utama dalam menguruskan kanak-kanak ADHD adalah dengan
menentukan lebih awal tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang
tidak. Matlamatnya adalah bagi menolong kanak-kanak
mempertimbangkan akibat daripada tindakan dan mengawal kecenderungan
melakukannya. Menghukum tingkah lakunya pada hari ini dan membiarkan
pada keesokan hari adalah perbuatan berbahaya dalam mendidik anak ADHD. Beberapa
tingkah laku selalu tidak dapat diterima, seperti ledakan marah secara fizikal
mahupun keengganan
bangun pada waktu pagi.
2. 2. Mengendalikan kelakuan agresif
Tingkah agresif daripada kanak-kanak dengan kecelaruan hiperaktif
kurang daya tumpuan adalah perkara biasa. “Time-out” adalah kaedah menenangkan kanak-kanak
yang terlalu aktif. Hukuman ini perlu dijelaskan kepada kanak-kanak sebagai
masa untuk menenangkan diri dan memikirkan perilaku negatif yang dilakukan.
3. Kekal dengan rutin struktur
Mencipta 1 rutin dan lakukannya setiap hari. Selain
itu, mewujudkan rutin tertentu pada waktu makan, melakukan kerja rumah,
bermain atau sebelum tidur. Sebagai contoh, meminta kanak-kanak
meletakkan pakaian yang akan dipakai keesokan harinya, ia boleh mencipta 1
struktur penting dalam kehidupannya.
4.
Pecahan tugasan
Bahagikan tugasan menjadi
pecahan kerja kecil yang boleh dikendalikan dengan mudah. Cuba gunakan kalendar dinding besar untuk membantu mengingatkan kanak-kanak
tentang tugas mereka. Penggunaan kod warna untuk
tugasan rumah dan sekolah boleh menjadikan ibu bapa lebih teruja dalam
menyiapkan tugasan. Bahkan, rutin pada waktu pagi
juga perlu dipecahkan kepada tugasan-tugasan kecil.
5.
Hadkan gangguan
Antara cara mendidik anak
hiperaktif adalah dengan
mengehadkan masa skrin dan perbanyakkan masa
melakukan aktiviti menarik di luar rumah. Ini
kerana pendedahan kepada gajet boleh mendorong tingkah laku impulsif dan harus
dikawal.
6.
Mengaturkan corak tidur
Waktu tidur mungkin sangat sukar bagi kanak-kanak yang menderita ADHD. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur mudah hilang fokus, hiperaktif dan akan bertindak melulu. Hal ini adalah sangat penting untuk ibu bapa membantu kanak-kanak dalam mendapat tidur yang lena. Antara tip keibubapaan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mendapat rehat yang baik adalah dengan menyingkirkan perangsang seperti gula dan kafein serta mengurangkan waktu menghadap televisyen. Malah, ibu bapa juga boleh mewujudkan 1 rutin harian tidur yang sihat dan menenangkan.
7. 7. Ambil masa untuk berehat
Dalam masa tertentu ibu bapa mungkin akan berasa penat atau kecewa
dengan diri mahupun kanak-kanak.
Seperti kanak-kanak yang
perlukan rehat semasa belajar, begitu juga diri ibu bapa. Tetapkan waktu
tertentu untuk bersendirian.
Antara pilihan cara rehat terbaik yang boleh anda lakukan adalah:
·
Pergi berjalan-jalan di taman
·
Bersenam di gim
·
Mandi dengan santai dan tenang
Setiap
ibu bapa mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku kanak-kanak yang masih
kecil.
Mempelajari
dan mempraktikkan terapi tingkah laku memerlukan masa dan usaha. Tetapi
percayalah, ia mempunyai faedah berkekalan kepada kanak-kanak ADHD. Dengan kesabaran, kasih sayang, dan banyak
sokongan dalam mempraktikkan cara mendidik kanak-kanak hiperaktif, ibu bapa
pasti akan dapat menguruskan si kecil dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya
tumpuan dengan baik.
Comments
Post a Comment