My "Imaginary Friend"

 

Imaginary friends atau rakan imaginasi ini wujud dari dulu hingga kini dalam kalangan kanak-kanak. Rakan imaginasi adalah suatu imej atau fizikal seorang yang muncul hanya pada pancaindera seseorang. Jika pada pendapat orang-orang dahulu, imaginasi seorang kanak-kanak muncul kerana gangguan makhluk halus namun setelah dikaji rakan imaginasi ini adalah susuk seorang yang muncul dan direka oleh individu itu sendiri. Rakan khayalan selalunya akn muncul dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara dua atau tiga tahun, dan mengiringi permainan kanak-kanak itu menjadi lapan, ketika dia mula pergi ke sekolah dan telah sepenuhnya mengembangkan bahasa dan ingatan. Sesetengah pakar menunjukkan bahawa kawan-kawan khayalan cenderung lebih suka kanak-kanak yang unik, kanak-kanak lebih sensitif terhadap fantasi atau kerjaya artistik.

Melalui kawan khayalan, kanak itu boleh meluahkan permikiran positif dan negatif. Sebagai contoh, mengatasi ketakutan bersendirian dan diatasi dengan ditemani oleh rakan imaginasinya. Selain itu, belajarlah “baca” melalui rakan khayalan, kerana dia seperti buku terbuka pemikiran kanak-kanak dan juga berfungsi sebagai alat untuk membantu dia mengatasi ketakutannya. 

Dalam kalangan masyarakat kita sendiri pun ada yang percaya bahawa itu ada kaitannya dengan makhluk halus atau ghaib. Hakikatnya, tidak. Sebenarnya mempunyai kawan imaginasi semasa usia kanak-kanak itu adalah satu perkara yang normal. Namun, itu tidak bermakna ibu bapa perlu membiarkannya sahaja tanpa berwaspada. Menurut Pakar Psikologi Dr. Cami Winkelspecht yang bertugas di Nationwide Children’s Hospital, kawan imaginasi adalah salah satu realiti perkembangan seorang kanak-kanak. Secara tipikalnya, mereka akan melalui fasa ini pada sekitar tempoh awal persekolahan kanak-kanak. Fasa ini pula selalunya akan datang dan pergi tanpa ibu bapa sendiri sedar. Dalam pada itu, mempunyai rakan imaginasi juga boleh mendatangkan beberapa manfaat kepada si kecil.


                                    

MANFAAT RAKAN IMAGINASI
  • Anak anda akan lebih selesa bercakap-Jika anak anda tidak ada mood untuk memberitahu ibu bapa mengenai apa yang dilakukan di sekolah, dia mungkin akan bercakap tentangnya dengan ‘kawan’ tersebut.
  • Anak anda akan lebih mudah belajar-Anak anda memerlukan sokongan dan galakan untuk belajar setiap perkara yang baharu. Si kecil mungkin lebih bersemangat untuk mengemas katil atau mainan dengan bantuan ‘kawan’ mereka itu.
  • Ia adalah tempat untuk anak anda meluahkan perasaan-Kadangkala, kanak-kanak memang sukar untuk meluahkan apa yang mereka sedang fikir atau rasa kepada penjaga. Namun, ‘kawan’ mereka inilah tempat mereka mengadu. Jadi, gunakanlah mereka sebagai ‘spy’ anda.
  • Ia mengajar ibu bapa lebih kreatif- Ada masanya ibu bapa sendiri pun akan mengalami masalah untuk berinteraksi dengan si kecil bukan? Jadi, manfaatkan ‘kawan’ mereka ini dalam bermain atau bermesra dengan anak anda. Ia sudah tentu akan meningkatkan kreativiti ibu bapa dan juga si kecil sendiri.


Namun begitu, jika benar anak-anak mempunyai rakan imaginasi tetapi ibu bapa juga hendaklah mengambil tindakan jika hal ini berlanjutan dan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

·         





  1. Elakkan bercakap secara langsung – Jangan cuba untuk bercakap secara langsung dengan ‘kawan’ mereka itu. Sebaliknya, minta anak anda menjadi orang tengah. Ini penting untuk melatih kemahiran interaksi si kecil.
  2. Layankan kerenah anak anda – Jangan pula anda terus menafikan kewujudan ‘kawan’ mereka itu. Adalah lebih baik untuk anda layankan sahaja segala perbuatan si kecil untuk mengelak dari mereka rasa dikritik oleh anda sendiri.
  3. Jangan biar anak anda lepas tangan – Kebiasaannya, si kecil akan menggunakan ‘kawan’ mereka ini untuk lari dari masalah. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menuduh mereka yang membuat mainan bersepah. Ibu bapa perlu tegas dan minta mereka berdua mengemas bersama-sama.
  4. Jumpa pakar sekiranya berlanjutan – Ya, ia mungkin normal namun anda harus berhati-hati jika ia berpanjangan sehingga kanak-kanak mencecah usia remaja. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak.

·





Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah