Body Shaming dalam kalangan kanak-kanak.

 


Body shaming ialah perbuatan mempersendakan atau mengejek penampilan fizikal seseorang. Skop memalukan badan adalah luas, walaupun tidak terhad kepada memalukan lemak, memalukan kerana kurus, memalukan ketinggian, memalukan rambut (atau kekurangannya), warna rambut, bentuk badan, otot seseorang ( atau kekurangannya), memalukan rupa (ciri muka). Dalam kajian filem dan buku kanak-kanak mengenai mesej tentang kepentingan penampilan, media yang disasarkan untuk kanak-kanak sangat tepu dengan mesej yang menekankan daya tarikan sebagai bahagian penting dalam hubungan dan interaksi interpersonal. Filem yang digunakan dalam kajian itu, dua filem disney mengandungi jumlah mesej tertinggi mengenai kecantikan peribadi. Kajian ini juga mendapati 64% daripada video yang dikaji menggambarkan watak obes sebagai tidak menarik, jahat, kejam dan tidak mesra, dan lebih separuh daripada penggambaran melibatkan pertimbangan atau pengambilan makanan.


Isu body shaming ini sukar disnagka akan terjadi dalam kalangan kanak-kanak namun kejian menunjukkan hal ini tidak asing bagi seorang kanak-kanak. Rancangan Pa&Ma telah menyiarkan isu ini dan telah menemubual seorang ibu yang menyatakan anaknya mengalami tekanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan beliau mengawal permakanan dan tidak yakin untuk berdepan dengan rakan dan guru di sekolah kerana beliau telah dikatakan mempunyai fizikal yang lebih besar berbanding rakan seusianya. Persoalannya wajarkah seorang kanak-kanak mengalami keadaan ini? Sedangkan seorang dewasa sukar menerima keadaan ini waima seorang kanak-kanak diletakkan dalam situasi ini. Ibubapa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak menjadi PEMBULI dan MANGSA BULI fizikal ini.



Berikut adalah kesan body shaming dalam kalangan kanak-kanak:

  • Kanak-kanak yang berdepan dengan masalah berat badan berlebihan akan hidup penuh dengan rasa rendah diri dan kebencian diri.
  • Rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai kerana merasakan dia berbeza atau tidak layak berada dengan orang lain.
  • Kebimbangan yang akan terjadi apabila dia merasa ragu untuk mengembangkan diri sendiri.
  • Kesedihan kerana memiliki kekurangan dan tidak standing rakan seusia mereka selain akan sering dimalukan oleh orang lain.
  • Kemarahan terhadap diri sendiri seterusnya mendorong diri melakukan hal mencederakan diri, melarikan diri atau mencederakan orang lain untuk melepaskan kemarahan (displacement).
  • Nilai Diri Yang Rendah apabila kanak-kanak yang berdepan isu ini rasa tidak berguna di mata orang sekeliling sehingga dia memilih untuk asingkan diri (isolate) daripada semua orang sehingga menyebabkan dia tertekan.






Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah