Posts

Showing posts from October, 2021

DISIPLIN ATAU HUKUMAN ?

Image
  Mendidik anak-anak adalah salah satu peranan besar yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dan penjaga. Cerminan didikan anak-anak memantulkan kembali personaliti keibibapaan. Justeru, konsep mendidik tersebut menjadi tanda Tanya samada ia benar atau salah di mata ibu bapa mahupun masyarakat.  Namun, ini boleh mendatangkan kekecewaan, memenatkan dan meletihkan, malahan mungkin perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh setiap individu yang bergelar ibu bapa. Terdapat perbezaan besar antara disiplin dan hukuman. Hukuman hanya akan menumpukan tentang bagaimana membuat atau menjadikan seorang kanak-kanak takut kerana melanggar peraturan.  Sebaliknya dislipin adalah mengajarnya bagaimana untuk membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.   KONSEP DISPLIN DAN HUKUMAN Hukuman adalah sebarang bentuk denda yang diberikan kepada setiap kesalahan yang dilakukan kanak-kanak. Ia menjadikan seseorang anak itu ‘membayar’ untuk kesilapan yang dilakukan. Dis
Image
  PUNCA ANAK TIDAK MAHU MENDENGAR KATA IBU BAPA Kita sebagai manusia biasa, pasti tidak akan terlepas dalam membuat kesilapan. Namun, penting untuk seseorang bersikap lebih terbuka dan memperbaiki apa jua kelemahan supaya menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sama seperti mendidik anak-anak. Adakalanya fahaman atau cara seseorang silap tanpa disedari sehinggalah ada yang menegurnya. Jangan cepat melenting atau marah malah berlapang dada dan tapis dahulu teguran yang kita terima. Jika ia teguran yang membina, ambilnya sebagai panduan. Jika ia teguran yang sekadar mengkritik, ucaplah terima kasih pada si “penegur”. Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Di sini mari kita bincangkan punca anak tidak mahu mendengar kata yang biasa dilakukan ibu bapa semasa mendidik anak. Antara puncanya adalah seperti berikut: ·          Tingkah laku ibu bapa yang cepat marah dan tidak sabar semasa mendisiplinkan anak - Antara kesilapan ibu bapa se

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti bergayut.melompat,berlari dan lain- lain lagi.Selain itu, tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan tahap penguasaan kanak-kanak itu.Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan  berbeza sedikit dengan permainan yang pernah  dimainkan sebelum ini. Perkembangan fizikal kanak-

POLA OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Image
Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah obesiti atau kegemukan. Menurut Pegawai Perubatan, Jabatan Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Fatimah Abu Hussain, kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya. “Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan antaranya Diabetes Mellitus jenis dua (2), tekanan darah tinggi, masalah hati, kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat ‘Obstructive sleep apnea‘ (OSA), batu karang pada pundi hempedu, kerosakan sendi, sindrom metabolik, risiko penyakit jantung, masalah haid, membesar menjadi orang dewasa yang

RABUN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Image
  Rabun atau kabur penglihatan menunjukkan kadar yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia dari usia bayi hinggalah dewasa. Namun begitu, peringkatr bayi hingga kanak-kanak isu ini jarang dibicarakan oleh pihak ibu bapa mahupun keluarga terdekat. Hal ini mungkin kerana mereka terlalu kecil dan muda untuk mengadu serta tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan penglihatan jelas. Masalah ini turut ditambah dengan sikap sebilangan ibu bapa yang tidak percaya dengan aduan anak-anak mereka sendiri. Hanya ibu bapa yang prihatin sahaja dapat mengenal pasti masalah penglihatan anak-anak melalui perlakuan mereka dalam aktiviti seharian. GEJALA-GEJALA MASALAH PENGLIHATAN Kedudukan kepala yang abnormal (kepala senget/teleng) ketika memfokus contohnya ketika menonton televisyen dan membaca. Membaca atau menulis pada jarak yang sangat dekat antara muka dan bahan bacaan. Menerusi pengajaran PDpR ejala ini boleh dikenalpasti apabila anak meminta untuk mendekatkan

TABIAT ENGGAN MAKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. ADAKAH MEMBIMBANGKAN?

Image
  Masalah yang sering terjadi kepada kanak-kanak yang mula membesar adalah tabiat enggan atau sukar untuk makan. Masalah tingkah laku pemakanan seperti enggan makan ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Menurut pakar kanak-kanak, tabiat enggan makan ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius. TABIAT ENGGAN MAKAN Kanak-kanak menolak makanan baru yang diberikan  kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka. Selalunya, masalah ini terjadi kerana deria rasa kanak-kanak masih boleh menerima rasa dan struktur yang pelbagai dan mereka merasakan makanan yang diberikan kurang enak dan tidak menarik perhatian mereka. MAKANAN YANG BIASANYA DITOLAK OLEH KANAK-KANAK 1. Sayur-sayuran dan buah-buahan Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur dan buah-buahan. Kanak
Image
  KESAN PENGAMBILAN MAKANAN MANIS KEPADA KANAK-KANAK     Makanan manis sememangnya syurga bagi kanak-kanak. Malah makanan manis dan kanak-kanak susah untuk dielakkan? Setuju tak? Yela zaman kanak-kanak mesti ada ja tak kena kalau tak merasa makanan yang manis-manis macam coklat, keropok, kek dan macam-macam lagi. Tapi suka atau tak kita mesti kena terima bahaya makanan manis ini ada kesan buruknya. Selalunya yang biasa kita tahu adalah mendatangkan kesan tidak baik seperti kencing manis. Selain daripada itu apa lagi kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak? Oleh itu, mari kita bincangkan beberapa kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak. Berikut adalah merupakan kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak: a.    Batuk dan Alergi -Menurut Dr. Julie L.Wei dari hospital kanak-kanak Orlando, antara kesan yang berkait rapat dengan pengambilan gula berlebihan ini adalah termasuk selsema, batuk dan simptom jangkitan sinus. Selain itu, sesetengah kanak-kanak ak

ANAK TAKUT BERPISAH BUKAN TANDA MANJA

Image
  SEPERATION ANXIETY DISORDER Sesi persekolahan bagi tahun 2020 hingga 2021 kini hanya dijalankan di rumah secara pembelajaran atas talian oleh kerana pandemic yang melandan Malaysia. Namun kemlut pandemic ini telah berubah kepada endemic yang mana negara kini sedang beralih kepada fasa pemulihan. Selepas ini tidak mustahil pembelajaran anak-anak akan di jalankan secara normal iaitu secara bersemuka. Situasi ini akan menggusarkan perasaan ibu bapa yang baru menghantar anak ke sekolah kerana kebanyakkan dari mereka akan berdepan dengan situasi anak yang mengalami isu SEPERATION ANXIETY DISORDER ataupun fasa MASALAH KEBIMBANGAN AKAN PERPISAHAN. Situasi ini seringkali dapat dilihat semasa sesi persekolahan baru bermula. Awal tahun 2021, akhbar Harian Metro memaparkan seorang kanak-kanak tahun 1 lari daripada sekolah untuk pulang ke rumah pada hari pertama persekolahan. APA ITU SAD? Isu ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, namun guru-guru juga akan berdepan dengan masalah apabila ka