PUNCA MASALAH MEMBACA


Masalah membaca sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak telah menerima pendidikan dan pengajaran di sekolah yang disampaikan oleh guru, terdapat juga kanak-kanak yang masih tidak mampu untuk membaca. Oleh itu, membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan dalam seharian kita. Hal ini demikian kerana kanak-kanak perlu membaca untuk memperoleh maklumat tertentu.

Selain itu, kanak-kanak perlu menjalani proses pembelajaran di sekolah secara berperingkat. Ini adalah menjadi tugas guru untuk mengesan kelemahan membaca bagi kanak-kanak dan seterusnya menjalankan pemulihan bacaan dengan segera. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar bacaan yang boleh digunakan oleh guru mengikut kesusaian dan kebolehan membaca kanak-kanak. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk mengajar kanak-kanak membaca supaya mempunyai kesinambungan pembelajaran di rumah.

Marilah kita sama-sama membincangkan punca masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak untuk memastikan anak-anak lebih cemerlang dalam pembelajaran. Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar untuk ditentukan secara khusus. Namun, Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar, iaitu :

      i.                                                                                   i) Faktor fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan ini adalah seperti masalah pendengaran, pertuturan, penglihatan, neurological seperti kerosakan otak iaitu serebral palsi, aphasia dan terencat akal serta masalah kesihatan seperti epilepsi, masalah jantung dan  kurang zat makanan yang serius.

                                                 

                                               ii) Faktor kognitif dan bahasa

Faktor ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan kanak-kanak yang terencat akal. Hal ini menyebabkan mereka akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Bagi faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan iaitu keupayaan semantik dan sintaksis. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik adalah mengkaji makna manakala sintaksis adalah mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda.


 iii) Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang akan memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian diri dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian diri mungkin berpunca daripada faktor fizikal dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Hal ini, menyebabkan kanak-kanak akan menjadi kecewa dan menjejaskan emosi mereka. Bagi faktor persekitaran seperti kanak-kanak yang kurang beruntung iaitu tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan sebagainya. Ia akan menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Akhir sekali, faktor pendidikan iaitu tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak, mengabaikan kemahiran membaca di sekolah dan penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan.

 

Oleh yang demikian, para guru dan ibu bapa mestilah peka akan masalah yang dihadapi oleh setiap kanak-kanak terutama dalam masalah membaca. Sekiranya, kanak-kanak yang mengalami masalah ini dapat dikesan dengan lebih awal, mereka dapat dibantu dengan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui tindakan ini, kanak-kanak yang bermasalah dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih teratur.





Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah