PERKEMBANGAN PERTUTURAN ANAK-ANAK
Mendengar bebelan comel yang keluar dari mulut kanak-kanak adalah
salah satu hiburan yang menenangkan jiwa ibu dan ayah. “Babbling” atau
bebelan bayi merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap
anak-anak. Pertuturan dipelajari daripada aspek meniru dan mendengar. Proses
yang sukar adalah di mana kanak-kanak perlu mematangkan fikiran untuk memproses
maklumat sebelum menghantar isyarat pada otot. Otot yang menerima isyarat
seterusnya akan memproses maklumat tersebut dan mengeluarkan bunyi daripada
pertuturan kanak-kanak.
Setiap usia kanak-kanak daripada 4 hingga 6 tahun, ibu bapa perlu
memastikan mereka mampu untuk menguasai dan memproses maklumat untuk menuturkan
beberapa perkataan yang bermakna mengikut peringkat usia. Sikap ibu bapa
sebegini dapat membantu anak-anak yang mengalami masalah pertuturan dapat
dikenalpasti dan dibantu dengan kadar segera.
SILENT OR TALKATIVE? MANA YANG LEBIH BAIK?
Persoalan anak-anak pendiam atau anak-anak yang petah bercakap acap
kali menjadi perbualan dalam kalangan ibu ayah. Anak-anak yang kurang bertutur
mungkin dianggap pendiam atau sesetengah ibu bapa menganggap ia suatu masalah
yang berlaku pada anak-anak. Justeru, bagi merungkai persoalan tersebut, ibu
bapa perlu tahu perkembangan pertuturan yang perlu dikuasai oleh anak-anak
berdasarkan umur mereka.
Dr Yong Jurina Fadzil, yang merupakan seorang Consultant
Paediatrician and Paediatric Cardilogist, kanak-kanak akan mula bercakap seawal
usia 2 bulan di mana mereka kan belajar menggerakkan bibir untuk mengeluarkan
bunyi. Selain itu, perubahan pada nada pertuturan juga akan dikuasai pada
peringkat ini. Di usia ini, mereka akan mula belajar untuk mengukir senyuman
dan ketawa sebagai salah satu reaksi tindak balas.
PERINGKAT PERTUTURAN KANAK-KANAK
I.
6 Bulan
· Babbling
iaitu kemahiran kanak-kanak mengusai kemahiran mencantum huruf vocal dan
konsonan seperti (ba..ca..ta..da).
· Kemahiran
anak-anak juga akan menggunakan lidah untuk membentuk bunyian seperti
(uuu….aaaa)
II.
8-9 Bulan
· Pada
peringkat ini, anak-anak akan mengeluarkan bunyi berdasarkan nada atau bunyi
muzik. (Membuat bunyian haiwan)
· Kanak-kanak juga akan mula memberiperhatian apabila ada interaksi dengan orang lain. Kemahiran yang sering dikuasai ialah menyebut ma…ma.
III. 1 Tahun
· Kebolehan
menyebut beberapa perkataan yang bermakna. Selalunya pada pada peringkat
anak-anak seusia ini akan mendengar seolah-olah mereka berceloteh.
· Kanak-kanak yang sering didengari selalunya berkemampuan mengeluarkan 10 hingga 25 perkataan seperti kaki..mata..saya. Mereka juga sudah mampu untuk berinteraksi dengan orang lain.
IV.
2 Tahun
· Kemahiran
yang perlu dikuasai pada anak-anak di usia ini adalah penggunaan ayat pendek.
Kanak-kanak akan belajar daripada pendengaran dan peniruan daripada ibu dan
ayah.
· Justeru,
pada peringkat ini, ibu bapa perlu berhati-hati semasa bertutur walaupun dalam
keadaan marah, kerana anak-anak akan mendengar seterusnya menuturkan kembali
perkataanyang didengar. Jika perkataan tersebut negatif, maka anak-anak sudah
menyim satu perkataan yang tidak baik dalam kemahiran mereka.
·
Penguasaan
pada peringkat ini sudah mampu menguasai sehingga 50 patah perkataan.
V.
3 Tahun
· Anak-anak seusia ini sudah mampu memahami persoalan yang ditanyakan seperti, di mana? Bila?
· Kanak-kanak juga sudah berkemahiran untuk memahami sesuatu konsep mudah di sekeliling seperti konsep warna atau saiz sesuatu objek.
VI.
4-5 Tahun
· Peringkat
anak seusia ini perlu menguasai kemahiran pemahaman pada arahan yang panjang.
· Mereka
mampu menuturkan ayat yang panjang dan menambah penggunaan kata hubung dalam
pertuturan.
·
Pada
peringkat ini, bunyi konsonan adalah sebanyak 90%.
Jika anak-anak masih belum mencapai tahap seperti yang digariskan
mengikut tahap usia mereka, ibu bapa perlu mengambil langkah awal untuk
berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti masalah anak-anak seterusnya memberi
terapi seawal mungkin bagi menangani isu yang dihadapi.
Comments
Post a Comment