DULU VS SEKARANG

Arus permodenan dalam Malaysia kini telah mencapai tahap teknologi yang sangat berkembang dalam pelbagai sudut. Kepantasan waktu dari 80-an sehingga tahun 2021 kini menunjukkan banyak perbezaan dalam pelbagai aspek ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Namun begitu, bukan semua kelompok masyarakat mengalami kesan perkembangan yang sama sebagai contoh kelompok masyarakat di kampung dan di bandar. Perbezaan bandar dan luar bandar tidaklah begitu ketara tetapi masih jelas kelihatan daripada beberapa aspek.


PENDIDIKAN

Pendidikan pada zaman dahulu berteraskan pendidikan di sekolah semata-mata dan tidak mendapatkan sebarang sumber luar sebagai rujukan dalam pendidikan. Guru pada zaman 80-90 an kebanyakkan mempunyai pendidkan Sijil Pelajaran Malaysia sudah mampu melayakkan beliau mendidikan anak-anak. Tiada sebarang cacat cela dalam pendidikan sehingga mampu melahirkan seberapa ramai wajah-wajah berjaya yang kini menjadi tonggak kepada negara. Walaupun sekadar bersekolah menggunakan dinding kayu dan papan hitam berdebu, namun tidak mustahil untuk bejaya. Selain itu, ibu bapa dahulu lebih memberi kepercayaan kepada guru untuk memberi pelajaran atau pendidikan kepada nak jika melakukan kesalahan sehingga cara itu yang melahirkan murid yang sangat menghormati guru dan tenaga pengajar. Kisah yang dapat dipetik dari sebuah kisah seorang hakim di mahkamah yang ditugaskan untuk membicarakan kes guru tersebut kerana disabitkan kesalahan merotan anak murid beliau pada tahun 2021. Hakim tersebut yang menyedari pesalah tersebut adalah gurunya menjatuhkan hukuman beliau sendiri yang akan bersujud di kaki gurunya kerana dengan rotan itulah guru beliau berjaya menjadikan beliau seorang hakim yang sangat dihormati.



Pendidikan pada zaman kini boleh dapat dilihat meliputi banyak sumber dan medium. Walaupaun anak-anak telah mengikuti kelas pendidikan di sekolah, setiap hujung minggu atau selepas waktu sekolah anak-anak akan dihantar mengikuti kelas tambahan dan sebagainya. Kelas tambahan pelbagai subjek turut diikuti. Bukan itu sahaja, kelas muzik, kelas pertahanan diri dan kelas agama turut memenuhi masa anak-anak. Jelas dapat dilihat kanak-kanak kini mempunyai masa yang sedikit untuk pergaulan bersama rakan sebaya. Seterusnya, kualiti seorang guru juga sangat berbeza bagi membolehkan guru tersebut menjadi tenaga pengajar kerana guru untuk generasi Z kini perlulah memenuhi keperluan pendidikan di peringkat Ijazah Pendidikan daripada mana-mana institusi pendidikan selain mendapat CGPA yang baik untuk membolehkan beliau digaji sebagai pendidik. Jika dulu hanya menggunakan papan hitam dan kapur yang berdebu kini, murid-murid dapat mengikuti kelas menggunakann kemudahan slide sehingga guru perlu menggunakan peranti tayangan bagi sesi penjaran. Guru-guru di peringakat tadika sehinggalah ke universiti perlu memerah otak bagi mencapai garis panduan konsep pendidikan kreatif untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Pendidikan justeru berubah 100% apabila negara berdepan dengan pandemic covid-19. Guru perlu celik IT untuk menyediakan pendidikan atas talian menggunakan beberapa aplikasi selain perlu atas rangkaian internet yang sangat kuat dan peranti komunikasi yang membolehkan murid-murid belajar di rumah dengan lebih berkesan. Kesannya juga pada ibu bapa juga jelas apabila perlu menyediakan keperluan selain menjadi guru kedua di rumah. Begitulah jurang perbezaan yang sangat ketara dulu dan sekarang.



 







SOSIAL

Sosial mencapai piawai yang sangat meluas di mana sosial termasuklah interaksi, perhubungan dan pergaulan kanak-kanak. Jika dapat dilihat dulu, sosial kanak-kanak sangat baik di mana mereka dapat meluaskan perkenalan sehinggalah memperoleh kawan di serata tempat. Berkawan tanpa mengira perbezaan keluarga. Interaksi sosial juga boleh dilihat lebih cemerlang kerana setiap hari mereka akan mempunyai masa untuk bersosial dan berkomunikasi dengan rakan. Tiada isu jika anak-anak mengalami kesukaran bercakap atau speech delay dalam kalangan kanak-kanak. Ketahanan diri murid jug adapt dilihat sangat maksima apabila mereka diberi kelonggaran untuk bermain pelbagai jenis permainan yang hanya menggunakan apa yang ada di sekeliling seperti batu Seremban, mandi sunagi, Tarik upeh dan sebagainya. Ia bukan sahaja permainan tetapi ia juga sebagai salah satu pengujian kepada perkembangan motor anak-anak. Jangan hairan jika kanak-kanak dahulu lebih kreatif permainannya sehingga diinovasi hingga kini.


Namun begitu, berbeza dengan kanak-kanak generasi Z kini mereka kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Jika dapat dilihat hanya berapa peratus kanak-kanak yang keluar bermain dengan rakan sebaya di luar rumah. Jika di bandar hanya beberapa kelompok kanak-kanak yang bermain di padang permainan dan jika di kampung berapa orang murid-murid yang bermain basikal bersama-sama. Tidak kira di bandar atau di luar bandar situasi tidak jauh bezanya. Kanak-kanak kini cenderung menggunakan telefon untuk menonton video dan bermain permainan atas talian sendiri. Situasi itu kini sudah semakin banyak dalam kalangan masyarakat kita, namun apa yang musykil kanak-kanak tidak tahu membaca juga boleh menggunakan telefon pintar dengan mudah sehingga jika pulang ke kampung datuk dan nenek juga diabaikan. 






Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah