Apa itu Autism Spectrum Disorder?

 

Autism atau nama klinikal lebih dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) menurut psikologis merupakan salah satu masalah yang terjadi dalam perkembangan sistem saraf neuro yang sangat sukar diatassi sehingga menyebabakan kesukaran kepada penghidap mengalami gangguan dari aspek permikiran. (Durand, 2019). Kajian daripada DSM-5 telah mengelaskan bahawa autism dikelaskan di bawah suatu aspek “umbrella team” iaitu “Pervasive development disorder” yang mana kumpulan tersebut merangkumi autistic disorder, Asperger disorder dan childhood disintegrative disorder. Kebanyakkan pesakit akan didiagnos mempunyai kelainan dari sudut komunikasi sosial dan interaksi tingkah laku yang bertentangan dan  berulang.



Diagnosis Autism Spectrum Disorder menurut DSM-5

A.    Kekurangan melalui sistem sistem komunikasi interaksi sosial.

1)      “DEFICIT RECIPROCITY”

Ia merupakan kekurangan yang dapat diukur melalui sosial emosional yang merupakan pendekatan sosial yang tidak normal berbanding individu lain. Contoh keadaan ini dapat dilihat apabila seorang autistic yang tidak dapat berinteraksi secara 2 hala selain tidak menunjukkan sebarang minat dalam perbualan secra langsung. Seringkali dapat dilihat, penghidap autistric selalunya tidak menunjukkan sebarang emosi dari reaksi wajah aerta tiada sebarang tindak balas terhadap interaksi sosial.

 

2)      “DEFICIT IN NONVERBAL COMMUNICATION”

Tingkah laku yang seringkali dikelnalpasti dalam aspek interaksi sosial secara verbal dan non-verbal yang tidak selari dan bersepadu. Abnormal atau bilazim dapat dikenalpasti melaui pergerakkan kontak mata dan pergerakkan bahasa badan penghidap. Seorang autism juga akan berdepan dengan kesukaran memahami sebarang isyarat yang disampaikan. Jelas daripada wajah juga tidak menunjukkan sebarang ekspresi minat terhadap perbualan yang berlangsung.

 

3)      “DEFICIT IN MAINTANING RELATIONSHIP”

Kanak-kanak atau individu penghidap autism perlu berhadapan dengan kesukaran membina sebuah hubungan baru atau mengekalkan hubungan dengan sesetengah individu di sekeliling. Mereka seringkali sukar untuk memahami hubungan dan mengambil langkah untuk menjauhi hubungan tersebut. Sebagai contoh, membina hubungan baru dengan seorang guru baru di tempat yang baru. Mereka akan menunjukkan reaksi kurang senang atau terus pasif dalam proses untuk membiasakan diri. Menurut kajian dalam buku yang bertajuk “An Integrative Approach” yabg ditullis oleh David H. Barlow bersama V. Mark Durand serta Stefan G. Hofman pada tahun 2018 menyatakan kecenderungan kanak-kanak atau remaja autistic dapat dinilai daripada kesuakaran mereka membina hubungan dengan rakan sebaya dan seringkali dapat dilihat seolah-olah kurang minat terhadap rakan sebaya sendiri.

 

B.     Perlakuan atau tingkah laku yang berulang.

1)      Streotaip atau pergerakkan motor yang berulang dalam penggunaan objek atau percakapan dapat dikenal pasti sebagai salah satu ciri autistic. Kanak-kanak seperti ini seringkali dapat dilihat selalu membariskan mainan atau membalikkan mainan yang dimainkan yang mana dikenal pasti sebagai echolalia. Menurut sumber akhabar, di California, seorang remaja autistic pergi ke pasaraya dan melihat sebuah rak makanan yang tidak tersusun secara rapi. Justeru remaja tersebut mengambil inisiatif menyusun semua makanan tersebut mengikut turutan jenis dan saiz yang teratur. (Harian metro, 5.9.2021)

2)      Kecenderungan kanak-kanak yang menghidap autism mempunyai minat yang sangat unik. Sebagai contoh, murid yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sistem suria. Beliau mampu mengenal nama planet, menyusun planet mengikut turutan selain mempunyai pengetahuan tentang sistem suria secara umum.

3)  Hyper-Hypereactivity iaitu kecenderungan kesukaran terhadap sensori. Keupayaan meresponpada sesuatu bunyi ataupun pergerakkan tarikan terhadap visual dan pergerakkan cahaya.

Rawatan untuk Autism Spectrum Disorder

       I.            Rawatan Psikososial

Pendedahan kepada persekitaran penting dalam membantu perkembangan. Situasi ini supaya mereka lebih dapat membiasakan diri dengan sekeliling walaupun mempunyai kelainan upaya seperti autism. Tidak mustahil bagi seorang penghidap autism meraih kejayaan yang sama seperti lain. Kita boleh lihat sebagai contoh Ridzwan iaitu salah seorang atlet balapan paralimpik yang mewakili Malaysia. Di luar negara pula, Temple Grandin yang merupakan seorang autistic memperoleh ph.D dalam Sains Haiwan. Justeru tidak mustahil jika hari ini anak-anak autism boleh menjadi seorang yang berjaya di masa depan.

 

    II.            Rawatan Biologi

Kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang psikologis klinikal menyatakan punca ASD sangat berbeza dana mat mustahil untuk satu jenis ubat bagi merawat ASD ini. Justeru, fokus terhadap rawatan pharmalogical yang khusus untuk tingkah laku yang lebih spesifik.

 

 III.            Rawatan Intergratif

Terapi di sekolah berkeperluan khas sangat penting kerana di sekolah ini penghidap ASD akan ditekankan dengan pembelajaran psikologikal sokongan dari aspek komunikasi dan sosial. Sokongan ibu bapa penting dalam kehidupan kanak-kanak ASD untuk berkembang. Hal ini kerana, sesetengah kanak-kanak autistic mampu menjalani kehidupan normal dan ada yang masih memerlukan sokongan keluarga walaupun sudah dewasa.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah