KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI

Sudah menjadi sifat semula jadi manusia yang suka akan kata-kata penghargaan mahupun pujian. Kanak-kanak juga tidak terkuecuali daripada melakukan sesuatu bagi meraih pujian lebih-lebih lagi daripada kedua ibu bapa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pujian bermaksud pernyataan memuji dan kata-kata untuk memuji. KaTa-kata pujian ynag sering diberikan kepada kanak-kanak mampu membentuk jati diri dan juga tingkah laku yang positif. Selain itu, kata-kata pujian ialah kaedah yang paling mudah dan senang untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa dan guru haruslah bijak mengambil kesempatan dalam situasi tertentu agar kanak-kanak berasa percaya diri dan mahu melakukan yang terbaik pada setiap masa. Berikut adalah 5 situasi pujian yang dapat diberikan kepada kanak-kanak.
Antara kata pujian kepada kanak-kanak ialah memuji mereka ketika mereka makan. Ibu bapa dan guru haruslah menunjukkan ekspresi kagum dan bangga terhadap cara dan adab kanak-kanak ketika mereka sedang makan. Etika makan yang tertib oleh kanak-kanak seharusnya mendapat pujian daripada orang dewasa agar mereka akan berdab dan tertib ketika hendak makan. Kata-kata pujian yang boleh digunakan ialah, "Eimilla membaca doa tanpa disuruh. Sunggguh terang hati anak papa seorang ini" dan juga ," Beginilah perbuatan orang-orang bersih. Membasuh tangan sebelum makan. Makanan bersih, bada pun sihat".
Seterusnya, memuji anak yang membaca Al-Quran. Ibu bapa juga boleh memuji kerajinan anak-anak membaca Iqra atau Al-Quran. Kata-kata positif serta membina seperti "Bagus bacaan malam ini. Mama beri 10 markah!" dan kata-kata semangat seperti "Setiap huruf bersamaan 10 pahala. Semakin banyak Hani membaca Al-Quran, semakin banyak pahala" harus kerap diberikan kepada anak-anak.
Selain itu, memuji kanak-kanak yang bercakap secara sopan. Kanak-kanak yang menggunakan perkataan dan berperilaku baik ketika bercakap harus diberikan pujian. ibu bapa haruslah memberikan pujian seperti, "Ibu kagum dengan cara Layla bercakap dengan baik. Adik akan menghormati abang yang baik akhlaknya ini" serta "Mengucapkan kata-kata yang baik itu adalah sunnah nabi. Baginda pasti menyukai kata-kata Niena ini".
Guru-guru juga tidak terkecuali dalam memberikan pujian lebih-lebih lagi ketika kanak-kanak itu cemerlang dalam pelajaran. Antara kata-kata pujian ialah, "Bagusnya! Prestasi bacaan yang lebih baik dari semalam. Cikgu amat berpuas hati" serta "Markah Sains meningkat dari 55 peratus ke 70 peratus. Tahniah, Eidit!"
Akhir sekali, memuji kanak-kanak yang menghormati tetamu. Ibu dan bapa seharusnya memuji anak-anak yang bersikap baik dan bersopan santun terhadap tetamu. Kata-kata seperti, "Sesungguhnya, anak-anak ibu membawa rahmat ke dalam rumah kerana meraikan tetamu", serta kata-kata seperti, "Anak-anak papa sungguh meraikan tetamu, bercakap lemah-lembut, bermuka manis dan berpakaian sopan" mampu meningkatkan sikap positif dalam diri anak-anak. Kesimpulannya, pujian memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak berkelakuan baik dan positif. Selain itu, kata-kata positif yang spesifik dan jelas dapat memberi kesan baik kepada diri anak-anak dan orang sekeliling. Oleh itu, ibu bapa dan guru janganlah lokek memberikan kata-kata pujian kepada anak-anak agar mereka bersemangat untuk terus melakukan tindakan terpuji dan baik setiap masa.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah