Posts

Showing posts from November, 2020

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

Image
  Photo by  cottonbro  from  Pexels No book for today! Kebanyakan kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok jika ibu bapa atau guru tidak menggunakan buku atau alatan bantuan mengajar seperti kertas dan pensel di rumah atau di dalam kelas. Kanak-kanak cepat berasa bosan jika mereka asyik dibebankan dengan ‘homework’ atau kerja sekolah yang memerlukan mereka menulis. Sekali-sekala, ibu bapa dan guru mestilah membenarkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang unik itu untuk mencipta sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, ibu bapa atau guru memberikan permainan yang mampu menarik minat mereka dalam masa yang sama dapat melatih dan merangsang minda mereka. Contoh permainan tersebut ialah blok atau mainan yang bersifat konstruktif di mana mainan tersebut boleh dibina dan disusun. Dalam buku Ada Apa Dengan Bermain karya Dr. Putri Afzan Maria, beliau menulis tentang satu topik iaitu Do You Know That Children go Through 6 Expected Stages in Their Block Play. Berikut ialah 6 pe

4 Aktiviti Menarik Menggunakan Bahan Di Rumah Untuk Anak 4-6 Tahun

Image
Anak dilatih untuk bersopan-santun dan hormat sesama kawan dan yang lebih dewasa di Tadika Kembara Bijak Si kecil anda lincah dan bertenaga sepanjang hari? Jika ya, maka jangan biarkan mereka kebosanan atau masa mereka terbuang begitu saja tanpa ada aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anaknya aktif, pintar dan kreatif.  Namun, kebanyakan ibu bapa kurang peka tentang tahap kreatif anak masing-masing kerana kreativiti itu bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi. Kreativiti itu perlu dipupuk dan dirangsang secara konsisten agar hal itu menjadi kebiasaan dalam diri si kecil. Ibu bapa juga haruslah mengetahui bahawa rumah merupakan tempat utama mereka menghabiskan masa berbanding jadual mereka di sekolah atau tadika. Dalam erti kata lain, rumah adalah tempat mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan banyak bahan di rumah yang boleh dijadikan objek bagi meningkatkan daya kreativiti yang boleh membuatkan pembelajaran lebih menyero