Posts

Showing posts from September, 2020

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

Image
  Tapak Projek Cilik Bijak Tani Pertanian ataupun bercucuk tanam merupakan pekerjaan dan juga aktiviti bermanfaat yang sudah lama dijalankan sejak dari zaman dahulu hingga kini. Bidang pertanian ini merupakan salah satu aktiviti dan pekerjaan yang mulia di sisi Islam.  Hal ini kerana, aktiviti bercucuk tanam dapat mendekatkan diri dengan Pencipta seterusnya menghargai dan menikmati rezeki daripada Allah SWT. Selain itu, aktiviti bercucuk tanam membolehkan seseorang itu melihat tanda-tanda kebesaran Allah dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan.  Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mahu meneroka dan lebih teruja jika mereka selalu didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam ini. Hal ini kerana, mereka sangat  enjoy  dan gembira melakukan aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan buku dan lebih tertumpu kepada aktiviti luar. Ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi anak-anak dan membimbing mereka tentang cara menggali tanah dengan betul, menggembur tanah dan menanam biji benih. Alangkah gembirany

10 Perkara Saya Belajar Tentang Anak Kecil Apabila Menjadi Guru Tadika

Image
  Lain kanak-kanak lain ragamnya. Ada kanak-kanak yang hanya sekali diberi arahan ataupun tunjuk ajar, ada juga kanak-kanak yang lambat bertindak apabila diberi sebarang arahan.  Namun demikian, adakah kita sebagai pendidik atau ibu bapa cuba memahami apakah yang sebenarnya kanak-kanak inginkan?  Menurut penulis buku keibubapaan, Puan Adlil Rajiah, kanak-kanak mempunyai daya fokus yang berbeza-beza dan daya fokus kanak-kanak hanya bertahan dalam masa 30 saat hingga satu minit sahaja.  Walaupun demikian, daya fokus kanak-kanak dalam sesuatu topik mahupun aktiviti sebenarnya boleh dirangsang dengan kreativiti para pendidik dan juga ibu bapa. Sebagai seorang pendidik, banyak perangai dan juga ragam kanak-kanak yang harus kita alert dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Ini adalah 10 perkara saya belajar tentang anak kecil apabila menjadi guru tadika: 1.    1. Kanak-kanak mahukan perhatian dan masa untuk mereka. Orang dewasa seperti kita juga memerlukan perhatian, tambahan pu

Roblox, Superbear, Plato? Adakah Ini Cabaran Dalam Mendidik Anak Zaman Ini

Image
Dalam era globalisasi dan serba serbi canggih ini, sebarang aktiviti mahupun maklumat dapat kita perolehi termasuklah belajar secara dalam talian. Kanak-kanak juga sudah bijak menggunakan gajet dalam kehidupan seharian mereka seperti menonton cerita kartun kegemaran mereka, bermain permainan secara atas talian dan banyak lagi, tanpa perlu diajar. Mereka hanya perlu memerhati apa yang dibuat oleh orang dewasa dan rakan sebaya! Roblox, Superbear, Plato, ini antara permainan di atas talian yang sudah boleh diterokai sendiri oleh anak yang mempunyai akses kepada telefon pintar!  Namun demikian, penggunaan telefon pintar yang berlebihan akan menyebabkan perkembangan otak anak anda pasif kerana mereka hanya tertumpu pada satu tempat. Hanya visual mereka dirangsang secara berlebihan. Selain itu, perkembangan bahasa mereka juga akan menjadi sedikit lambat. Menurut Donna.com, kebanyakan ahli psikologi menyarankan agar ibu bapa banyak berbual dengan anak sekerap yang mungkin. Oleh hal yang d