Posts

10 Program Cuti Sekolah Jun 2015 Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah

Image

Kemahiran Motor Halus Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra

Image
Kemahiran motor halus ini penting bagi melembutkan jari-jemari anak-anak. Jari-jemari yang lembut memudahkan anak-anak memegang pensil dan menulis. Kita sering ingin melihat anak cekap menulis. Sebelum anak-anak ini boleh menulis, jari jemari mereka mestilah lembut. Kami kongsikan aktiviti berkaitan kemahiran motor halus yang dilakukan di tadika. Aktiviti Kemahiran Motor Halus di Tadika ABS Kembara Bijak diadakan setiap hari Khamis jam 9.30 - 10.00 pagi. Minggu 1 : Mengikat Tali Kasut Minggu 2 : Menganyam Gelang Getah Minggu 3 : Menjahit Kotak Minggu 4 : Menghasilkan Gelang Manik Minggu 5 : Mengoyak Kertas Minggu 6 : Kertas Pasir & Biji Asam Kami akan mengemas kini 'post' sepanjang tahun bagi memudahkan rujukan di masa akan datang dan memberi idea kepada ibu bapa yang ingin membuat aktiviti motor halus di rumah. Semoga bermanfaat. Pendaftaran di Tadika ABS seluruh negara dibuka sepanjang tahun. Hubungi cawangan Tadika ABS berdekatan tuan/cikpuan d...

Karnival Sukan Tadika ABS Kedah 16 Mei 2015

Image

Kelas Percubaan Percuma Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra

Image
Kelas Percubaan Percuma 1 Minggu (Program A) Di Tadika ABS Kembara Bijak Taman Darulaman. Jitra​ Untuk pendaftaran & info lanjut, mohon WhatsApp/Telefon/SMS 017 7784681 (Puan Nurul).

Karnival Sukan Tadika ABS (Kedah) 16 Mei 2015

Image
Karnival Sukan Tadika ABS (Kedah) pada kali ini akan membawa konsep 'explore race' di mana para pelajar akan bergabung tenaga dengan ibu/bapa/penjaga dalam melakukan setiap acara. Terdapat 9 'check point' permainan dan setiap permainan yang diselesaikan mengikut peraturan akan mendapat cop di paspot masing-masing.  Tema sukan kali ini adalah  "Seronoknya Berlumba". Tidak seperti biasa di mana ibu/bapa/penjaga hanya menunggu di tepi padang, kali ini kerjasama ibu/bapa/penjaga diperlukan untuk memastikan anak-anak dapat menyelesaikan setiap acara. Anak-anak akan seronok berlumba-lumba melakukan tugasan di setiap 'check point' bagi memperolehi cop di paspot.   Cepat atau lambat bukan menjadi persoalannya, apa yang penting anak-anak merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti di setiap 'check point'. Itu yang lebih penting kerana akhirnya semua orang akan menjadi pemenang dan saling berlumba-lumba dan bekerjasama untuk  sampai ke gar...

Program Kitar Semula Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Hari ini pelajar didedahkan dengan ilmu kitar semula. Mereka semua generasi akan datang yang akan mewarisi apa yang kita tinggalkan. Semoga usaha kecil ini dapat memberi impak yang besar di hati anak-anak. Buat ibu/bapa pelajar, tuan/puan boleh membawa barangan yang boleh dikitar semula ke sekolah. Kutipan akan dibuat secara berkala setiap bulan. Taklimat dan kutipan akan dibuat oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada 23 April 2015 (Khamis) jam 9.30 pagi. Semua dijemput hadir. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah (Berdaftar di bawah KPM) 04 917 3221 0177784681 (Puan Nurul)

6 Keistimewaan Belajar al-Quran Kaedah Haraki

Image
Dibawakan khas untuk semua. Daripada tak pandai baca Al Quran sehinggalah boleh membaca Al Quran secara bertajwid. Kesemua modul ini direka khas untuk disampaikan dalam masa 7 jam sahaja. 1. Mudahnya baca al-Quran 2. Huruf Hijaiyah 3. Panjang pendek 4. Tanwin 5. Bunyi Pantulan 6. Waqaf 7. Muqataah 8. Rasm Uthmani Keistimewaan kaedah Haraki: Cepat Inovatif Mudah difahami Menepati hukum Tajwid Tanpa alatan Menarik dan menyeronokkan Pendaftara dibuka sekarang untuk pelajar 7-12 tahun dan dewasa (sesi malam). Lokasi : Tadika ABS Mergong (Chico Einstein) Alor Setar Hubungi Puan Nurul di talian 017 7784681 (whatsapp/sms/telefon) untuk pendaftaran. Kelas Belajar al-Quran Alor Setar