Posts

Showing posts from November, 2023

PUPUK KEMBALI ADAB YANG SEMAKIN LUMPUH

Image
  Mengajarkan adab kepada anak dari usia kanak-kanak akan membantunya untuk bergaul dengan orang lain dengan baik pada masa hadapan. Didikan ibubapa dari mulakan dengan menjadi sopan, sensitif dan menghormati perasaan orang lain merupakan asas pembentukan adab anak. Apabila dia berkelakuan baik, galakkan amalan itu dengan pujian, pelukan, senyuman dan sebagainya. Tumpukan pada perkara baik yang mereka lakukan dengan memuji mereka. Ibu bapa merupakan cerminan akhlak anak-anak kerana didikan bermula dari rumah. Permulaan asas didikan adab bermula pada usia 1 tahun. Anak cenderung meniru dari perbuatan orang dewasa yang mereka perhatikan. Jika kasar, kasarlah acuan pada anak dan jika baik begitulah juga bentuk acuan anak tersebut. Cara membentuk akhlak anak ialah dengan cara: ·       Minta tolong dan berterima kasih:  Ajarkan anak untuk terbiasa berkata ‘Tolong’ dan ‘Terima kasih’ semasa meminta dan menerima pertolongan, dan frasa- frasa lain seperti ‘Maafkan saya’ dan ‘Bolehkah saya

TANDA - TANDA MURID YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN

Image
  Tanda-tanda masalah pembelajaran boleh dikenal pasti seawal usia tiga tahun . Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak. . Berikut adalah antara tanda-tanda yang boleh dikenal pasti semasa kanak-kanak di pra-sekolah atau semasa awal persekolah: Tanda- tanda semasa pra-sekolah Kurang tumpuan Masalah menyebut perkataan/ pelat Tidak menggunakan banyak perkataan (tidak bercakap dalam ayat) Tidak pandai bergaul dengan kawan Tidak dapat mengikut arahan Lewat bercakap Masalah untuk belajar nombor dan huruf Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun) Masalah mengaitkan huruf dan bunyi Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dan lain-lain Sering membuat kesilapan dalam menggunakan huruf (b=d) dan (m=w) Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan suku kata contoh baldi dikatakan bladi Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =) d
  PERANAN IBU BAPA DAN KOMUNITI MASA KINI   Dalam membina kecemerlangan keluarga, sekolah dan institusi pendidikan, semua pihak terlibat sama memberikan kerjasama dan sumbangan ke arah tersebut. Ibu bapa dan komuniti adalah salah satu daripada penyumbang yang terpenting untuk memajukan institusi pendidikan anak-anak kita dan juga kesempurnaan perjalanan sekolah itu sendiri. Kerjasama, bantuan dan persefahaman yang baik dan mantap daripada pihak ibu bapa dan komuniti masa kini akan menjadikan keaadaan sekolah sebagai satu organisasi atau badan yang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, kewangan, tindakan, pembangunan dan yang pentingnya ialah dapat memajukan pelajaran pelajar itu sendiri. Dalam gerak kerja untuk mendidik dan memberikan pelajaran kepada anak-anak, dan menggerakkan jentera institusi pendidikan di sekolah, ibu bapa dan komuniti tidak boleh terpisah dan terpinggir dalam hal tersebut. Ibu bapa dan komuniti masa kini mempunyai kesan positif dan negatif kepa