Posts

Showing posts from April, 2023

4 Kebaikan Muzik Untuk Kanak-Kanak

Image
1-     1-     Membantu Perkembangan Bahasa     Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. Melalui muzik kanak-kanak dapat mengenal bunyi huruf dan perkataan. Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf. Malah, kosa kata baru juga dapat dipelajari melalui lagu. Nyanyian seperti “Bila rasa gembira, tepuk tangan” yang diiringi dengan pergerakan tepuk tangan, memberi kanak-kanak penjelasan secara tidak langsung bahawa ‘tepuk’ adalah kata kerja dan pergerakannya adalah seperti bertepuk tangan.   2 -       2-  Meningkatkan Daya Fikir Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan. Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima. Ini adalah peluang yang baik untuk menerapkan sebarang ilmu awal kepada anak-anak melalui muzik kerana ianya menarik dan boleh bertahan lebih lama dalam ingatan mereka. Konsep audiat