Apa kepentingan lawatan sambil belajar buat kanak-kanak di tadika?
1. Menjana Kreativiti & Imaginasi Pembelajaran di luar kelas dapat menjana kreativiti anak-anak terutama ketika mereka berinteraksi secara langsung dengan alatan mainan dan perkakas yang disediakan. Pernahkah ibu dan ayah melihat bagaimana anak-anak menyusun bantal menjadi bentuk gua? Atau kertas yang digumpal dan dianggap bola? Alatan yang ringkas cukup untuk menjana imaginasi mereka. 2. Menerapkan Nilai Murni Kelebihan belajar di luar kelas adalah ilmu tidak terbatas kepada yang tertulis di buku sahaja. Ibu bapa mahupun guru, dapat mengambil peluang untuk mengajar anak-anak tentang tatacara kehidupan seharian. Contohnya, cara-cara melintas jalan atau membuang sampah dengan tepat ke dalam tong sampah kitar semula. Adab dan disiplin ini hanya dapat dilatih apabila anak-anak didedahkan dengan situasi sebenar. 3. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Ilmu dan proses pembelajaran selalu mewujudkan tanda tanya kepada minda anak kecil kita. Ilmu yang dikupas