PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK

 

Perkembangan sosial dan emosi bermaksud bagaimana kanak-kanak mula memahami diri mereka, apa yang mereka rasa dan apa yang diharapkan apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Ia adalah pembangunan untuk dapat membentuk dan mengekalkan hubungan positif, mengurus dan meluahkan emosi juga meneroka dan melibatkan diri dengan persekitaran.

 Perkembangan sosial dan emosi yang positif adalah penting. Perkembangan ini mempengaruhi keyakinan diri, empati, keupayaan untuk membangunkan persahabatan dan perkongsian yang bermakna dan berkekalan, dan rasa kepentingan dan nilai kepada orang-orang di sekelilingnya. Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak juga mempengaruhi semua bidang perkembangan lain.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan terbesar dalam pembangunan sosial dan emosi kerana mereka menawarkan perhubungan yang paling sihat untuk anak mereka. Pengalaman yang konsisten dengan ahli keluarga, guru dan orang dewasa lain membantu kanak-kanak belajar tentang perhubungan dan meneroka emosi dalam interaksi yang boleh diramal. Namun begitu, kita tidak sedar, kadang-kadang iorang terdekat juga seringkali menjadi punca utama kepada penderaan emosi kanak-kanak tanpa sedar. Contoh penderaan emosi ialah:

 

Ignorance and Experession reaction

Situasi ini dapat dilihat apabila anak menunjukkan minat untuk bercerita tetapi ibu bapa hanya mendengar dan mengabaikan penceritaan mereka tanpa memberi sebarang reaksi. Situasi kedua adalah apabila kita ingin bermain dengan anak tetapi tangan sibuk melayan aplikasi media sosial. Seperti kata lain ekspresi “experisionless” yang ditunjukkan di jauh bezanya seolah membiarkan anak berkomunikasi dengan dinding.


Stonewalling

Bezanya daripada isu pertama, disini mereka akan seringkali melambatkan pertanyaan anak-anak dan menganggap pertanyaan tersebut tidak penting.

“Mama suka warna apa?”

“Warna apa pon boleh”,

Sikap acuh tidak acuh tersebut dalam diam mendera perasaan berharap anak-anak terhadap pertanyaan yang diajukan.

 

Mengejek atau merendahkan anak-anak di hadapan orang lain.


Contoh ejekan,

“wah, bagusnya Amin. Baik dan sopan kamu dengan orang tua”,

“Baik apanya, makan pon tak pandai dah la kuat nangis,”

Konon tidak mahu nampak riak dengan pujian tetapi tanpa kita sedar kutukan itu sedikit sebanyak akan membenihkan perasaan sedih dan melatih anak untuk menjadi seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri.


 

Gaslighthing (menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak).

Ibu bapa seperti ini seharusnya perlu lebih awal menyedari kekurangan diri.

“ibu, tadi di sekolah ada kawan ambil makanan saya,”

“Ye ke? Entah-entah kamu yang buang,”

Kadar mangsa buli makin tinggi salah satunya punca dari ibu sendiri. Apabila anak memberitahu isu seperti ini bukanlah ibu perlu menyerang pihak sekolah atau pembuli sebaliknya ambik tindakan bertanya kepada anak tentang kesahihan isu tersebut dan lakukan perbincangan dengan guru. Jika dibiarkan dan diabaikan anak akan merasakan luahan mereka tidak penting dan terus membiarkan diri dibuli.

 

Hypercritical


Ibu bapa seperti ini boleh dikatakan 24 jam hidup hanya bernafaskan kesempurnaan, cerewet dan kemarahan. Mereka mahukan anak menjadi apa yang mereka khendaki sehingga anak tidak boleh membuat keputusan sendiri. Anak bermain, marah. Anak berehat, berleter. Anak comot, dihukum. Emosi seorang dewasa juga boleh terjejas jika berada dalam situasi ini. Ibu bapa begini bukanlah inginkan kesempurnaan tetapi sukar menerima kekurangan.


Mendiamkan kesalahan anak

Sebagai ibu bapa, menegur anak adalah tugas hakiki kerana didikan bermula dari rumah. Jika sekolah menyatakan anak membuat sesuatu yang salah, ibu menyalahkan pihak sekolah kerana tidak mendidik. Lama-kelamaan ibu dan bapa tersebut menyemai satu tembok ego dalam diri anak untuk mengakui kesalahan dan sehingga dewasa mereka akan merasakan diri mereka betul. Sayang tidak salah tetapi jangan memanjakan sehingga cuba menegakkan benang yang basah.


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah