Posts

Showing posts from April, 2020

7 Panduan Mendidik Anak Kecil Berpuasa

Image
Assalamualaikum buat semua pembaca, Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 2 Ramadan. Untuk anak-anak di tadika, pada kebiasaannya rutin makan masih sama, jam 10 pagi sudah boleh makan :D Hanya untuk anak-anak 6 tahun, selalunya mereka sudah lebih matang dan ada yang mahu berpuasa sehingga waktu tengah hari. Alhamdulillah. Uniknya Ramadan kali ini, majoriti kita berada di rumah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kita normal yang baharu. Pastinya lebih sukar mendidik anak berpuasa di rumah, celik mata sudah buka peti ais :D Ini antara 7 panduan mendidik anak kecil berpuasa, hasil tulisan Tuan Asyraf Baharuddin, pengusaha Tadika Cilik Ilmu , Kangar. 7 Panduan Mendidik Anak Kecil Berpuasa Ramadan telah pun tiba selepas setahun berlalu. Pada tahun ini, ianya menjadi satu situasi yang mencabar bagi ibu bapa untuk mendidik anak kecil berpuasa kerana kita berada dalam tempoh PKP bagi mencegah wabak yang melanda. Hakikatnya, mendidik anak untuk berp