Posts

Showing posts from October, 2014

Aktiviti Bermain LEGO Sambil Berkawan Di Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan aktiviti Playgroup LEGO Setiap Jumaat & Sabtu, sepanjang November 2014 ini. 4 Faedah Utama Menyertai Playgroup LEGO Ini : 1. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan pelbagai bentuk menggunakan LEGO 2. Melatih koordinasi mata dan tangan 3. Mengenal bentuk dan warna sambil mengira 4. Belajar berkawan-kawan dan berkongsi permainan Terhad 5 ahli satu sesi bagi anak-anak 3-6 tahun Bayaran RM5 seorang satu sesi (percuma buat pelajar yang telah mendaftar di Tadika ABS Kembara Bijak). Whatsapp <lego> <nama anak> <umur> ke 0177784681 untuk mendaftar. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah 0177784681

Fokus Kepada Perkara Baik Untuk Mendorong Anak-anak

Image
Fokus kepada perkara baik. Apabila anak melakukan kesalahan teknikal, tutup mata pada kesalahan itu. Buat-buat macam kita tidak nampak salahnya. Sebaliknya, cari kebaikan untuk dipuji. Contohnya, anak kecil kita membasuh pinggan sendiri hingga basah lantai dapur. + Jangan kritik, marah atau berleter kerana dapur basah. + Puji sikap baiknya yang basuh pinggan sendiri. Puji pinggannya yang dicuci bersih. Nanti sukalah dia menolong kerja rumah. Lama-lama pandailah dia membuat kerja dengan cermat kerana dia seronok melakukan kerja itu. Dipetik daripada FB Puan Nurhidayah Jaafar , konsultan Teknik Nabi (Tadika ABS).

Ketahui Kenapa Bakat Dan Putus Asa Tidak Boleh Bersahabat

Image
Pernahkah kita lihat rakan kita yang boleh melukis tanpa perlu susah payah? Apa sahaja yang dilakarkan di atas kertas kita lihat sebagai suatu seni. Itulah antara BAKAT anugerah All ah yang telah diberikan sejak kita di dalam rahim ibu lagi. Setiap manusia lahir bersama bakat tanpa disedari oleh empunya badan. Kadang-kala kita tidak sedar keupayaan kita itu adalah sejenis bakat kerana kita tidak perlu bersusah payah pun membuatnya. Buka sahaja mulut, suaranya merdu sekali walaupun hanya menyanyi tanpa iringan muzik. Namun begitu, bakat anugerah Allah ini mungkin tidak ditonjolkan sekiranya tiada tindakan mencungkilnya. Bakat seni lukis misalannya dapat dicungkil dengan aktiviti melukis sejak muda lagi. Bakat dapat ditukarkan menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya seseorang dapat mengenali bakatnya sejak awal lagi. Mengenali bakat adalah langkah pertama. Mengasah bakat adalah langkah seterusnya. Bakat yang digilap dengan bersungguh-sungguh tanpa erti putus asa dan jemu akan bertuka

Open Play Day Rangkaian Tadika ABS 18 Oktober 2014

Image
Open Play Day dan Kempen Pendaftaran Pelajar 2015 di Tasik Jitra pada 18 Oktober 2014. Senarai tadika yang bekerjasama dalam kempen : 1. Tadika ABS Kembara Bijak, Jitra 2. Tadika ABS Aulad Pintar Bestari, Jitra 3. Tadika ABS Cilik, Changlun 4. Tadika ABS Graduan Cilik, Changlun Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir walaupun hujan lebat.  Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar doa hamba-Nya. Kurniakan kebaikan ke atas para tetamu kami atas kebaikan mereka menyokong usaha kami dalam misi memandaikan anak bangsa di Tadika ABS.

5 Langkah Mudah Pendaftaran Secara Online Tadika ABS Kembara Bijak (TKB), Jitra, Kedah Sesi 2015

Image
1. Layari  www.TadikaABS.com 2. Klik pada menu DAFTAR 3. Pilih  negeri Kedah 4. Klik pada Tadika ABS Kembara Bijak 5. Isikan maklumat pendaftaran dengan lengkap dan klik Daftar Tuan/puan akan menerima e-mel notifikasi. Pendaftaran bagi sesi 2015 di TKB Jitra dibuka sekarang untuk 45 orang pelajar (4 tahun : 15 pelajar, 5 tahun : 15 pelajar, 6 tahun 15 pelajar). Klik Message di FB Tadika ABS Kembara Bijak Jitra ( https://www.facebook.com/TadikaKB ) atau Whatsapp 0177784681 untuk sebarang pertanyaan. Bersama kami dalam Misi Memandaikan Bangsa dan Melahirkan Generasi Berbudaya Tinggi di  Rangkaian Tadika ABS .

Raikan Bakat Si Cilik

Image
Di Tadika ABS, kami meraikan bakat anak-anak. Buat yang suka melukis, biarkan anak-anak mengekpresi diri dengan melukis bersama Tuan Nasrul Lagendaseni. Buat yang suka menari dan melompat, biarkan anak-anak bersama dengan Tuan Badut yang  bijak menghibur. Buat yang suka memerhati dan meniru, biarkan anak-anak ini memilih sendiri aktiviti di stesyen-stesyen belajar sambil bermain. Buat anak-anak yang suka berniaga seperti Mael dalam Cerita Upin & Ipin, boleh sertai aktiviti Kelab 'ARAF. Jumpa di Tasik Jitra pada Sabtu ini 18 Oktober jam 5.00-7.00 petang. Pasti ada yang tersenyum melihat bakat-bakat terpendam di dalam setiap anak. Setiap anak adalah unik, raikan warna-warni si cilik. Whatsapp <nama anak> <umur> ke 0177784681 untuk menerima e-kupon minuman coklat malt ReeVo pada waktu program.

Open Play Day Tadika ABS (Kedah) 18 Oktober 2014

Image
Klik untuk paparan lebih jelas Hari bermain untuk ibu bapa dan anak-anak 3 tahun ke atas.  Pelbagai aktiviti permainan untuk mencungkil bakat, kebolehan dan minat anak-anak. Berseronok dan berkawan sambil belajar! Hebahkan dan datanglah beramai-ramai membawa anak dan sanak saudara PERCUMA dan TERBUKA untuk semua.