Posts

Bagaimana Anak Kecil Menghargai Kehidupan

Image
Wah bunyi tajuk macam wow sangat 😂 Sebenarnya baru belek-belek buku lama, The Science Of Parenting. Lama dah beli buku ni, kirim dekat kawan masa BBW 2 tahun lepas agaknya. Mata terhenti dekat satu tajuk, The first love affair. "Falling in love with a parent is very important since this love is so often transferred to a love of life." Emma, seorang anak 4 tahun yang sangat "in love" dengan ayahnya. Ayahnya baru sahaja meletakkan sebekas jeli di depan Emma. Emma dengan penuh ekspresi menyatakan, "Ini jeli yang terbaik pernah saya lihat!" Emma baru sahaja memindahkan rasa cinta kepada ayahnya kepada cinta kepada kehidupan. Apabila terbaca topik ni, teringat kepada ayat seorang anak 5 tahun di Tadika Kembara Bijak kepada saya. "Cantiklah bilik Cikgu Ana, macam dekat pantai..." Masa tu baru sahaja kemas stor di tadika. Memang 'horror' jugalah stor tu . Selepas beberapa hari dibuat p...

4 Tip Pertama Kali Menghantar Anak Ke Tadika

Image
                        Menghantar anak ke tadika merupakan satu pengalaman baharu ibu ayah. Jika sudah biasa ke taska biasanya peralihan tidaklah sukar berbanding yang sebelum ini duduk bersama pengasuh, tok atau dijaga sendiri oleh ibu. Teringat ada terbaca dulu beberapa tip untuk ibu ayah yang baru pertama kali menghantar anak ke tadika, 1. Bawa anak ke tadika yang telah dibuat tinjauan. Sentiasa ceritakan bila nak ke tadika, ada apa dekat tadika. Ada kawan, ada permainan. 2. Maklumkan pada anak bila kita akan ambil. Ambil tahu aktiviti anak di tadika. "Nanti lepas makan petang, mama datang ambil." "Tengok jam dekat kelas, jarum pendek pukul 1, mama datang." 3. Salam, peluk cium dan terus tinggalkan anak kepada guru bertugas. Walaupun anak menangis. Insya-Allah sekejap sahaja tangisannya. Berikan kepercayaan kepada guru. Sekiranya anak menangis tidak henti, pastinya guru akan menghubungi kita. 4. Puj...

Menaikkan Rasa Percaya Diri Anak Melalui Aktiviti Bersesuaian Dengan Umurnya

Image
Bayangkan dua situasi ini, dapat menjawab soalan yang diberi dan mendapat tepukan gemuruh dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Keyakinan hanya akan datang apabila kita sudah pelajari sesuatu itu dan apabila disoal, boleh pula menjawab dengan pantas dan betul. Anak-anak sedaya upaya akan mencuba menjawab soalan. Apabila setiap jawapan yang diberikan adalah salah, mereka mudah kecewa. Anak-anak kecil ini masih belum ada motivasi dalaman yang tinggi. Mereka baru berumur seawal 4 tahun, 5 tahun atau 6 tahun.  Jadi bagaimana mereka dapat membentuk keyakinan diri yang mereka boleh  Dengan berjaya menjawab soalan, didorong dan sentiasa dipuji. Seringkali di sekolah, guru atau pakar motivasi selalu berkata, "Tak apa salah pun, jawab sahaja." Tetapi berapa ramai yang berani mengangkat tangan? Sekiranya ramai, sudah tentu tidak keluar ayat diminta menjawab, tak kira salah atau betul. Di Tadika ABS Jitra, anak-anak sering disoal dengan format seperti, ...

Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Tadika

Image
"Tadika bukan hanya tempat belajar membaca, tulis dan kira semata-mata..." Ini 6 tunjang Kurikulum Prasekolah. + Komunikasi + Kerohanian, Sikap dan Nilai (KSN) + Kemanusiaan + Keterampilan Diri + Perkembangan Fizikal dan Estetika + Sains dan Teknologi Melalui Kurikulum Prasekolah, Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Bagi murid di Sekolah Jenis KebangsaanCina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa Cina/BahasaTamil. Belajar membaca merupakan salah satu kemahiran yang dipelajari dalam tunjang komunikasi. Sebab itulah kami katakan, tadika bukan hanya tempat belajar membaca, tulis dan kira semata-mata. Semua 6 tunjang ini digunakan sebagai panduan dalam mendidik anak-anak dari umur 4 hingga 6 tahun. Hanya tadika yang berdaftar di bawah Kementerian Pendid...

Cef Cilik Di Tadika ABS Jitra Melatih Kreativiti Anak Kecil

Image
Cef Cilik Elsa, antara program yang pernah diadakakan semasa cuti sekolah di ABS Jitra Saya masih ingat lagi semasa kecil terbaca buku resipi emak. Waktu itu tidak terasa kepentingan mahu menyimpan buku tersebut. Masih terbayang-bayang buku berkulit tebal yang ditulis emak. Memasak bukan suatu yang menjadi minat. Makan sudah tentu. Selera tak terhingga. Tolak batu dan kayu sahaja orang kata. Sedap itu subjektif. Ada yang suka kurang garam, ada yang suka manis, malah ada yang suka masin dan sedikit pahit. Hasil akhir masakan itu adakalanya bukan menjadi skor utama, proses memasak itulah sebenarnya yang banyak mengajar diri menjadi seorang manusia. Belajar ilmunya, sukatannya, cara-cara dan pantang larangnya. Tak kurang dengan melatih sifat sabar, tolong-menolong dan bergilir dalam menggunakan peralatan yang perlu dikongsi. Kreativiti juga membezakan hasil akhir masakan seseorang individu dengan individu yang lain. Poster program lepas. Program yang sangat disukai oleh ...

Projek Tanaman Hidroponik Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah

Image
Sebagaimana tanaman ini perlukan air, baja dan udara untuk terus hidup, begitulah anak-anak anugerah Allah. Walaupun ditanam pada hari yang sama, ada yang sudah tinggi, ada yang rendang dan ada juga yang langsung tidak tumbuh. Ini projek tanaman hidroponik tuan muda dan cikpuan muda sebelum hari raya di bawah tema TUMBUH-TUMBUHAN.  "Tuan Muda Zharif mesti sebelum balik tengok tanaman dia", beritahu guru. Kecerdasan pintar intanaturalistik, antara 9 teori kepintaran (multiple intelligences) oleh Howard Gardner. Ada anak-anak yang memang tanpa diajar-ajar atau disuruh-suruh, minatnya terarah kepada flora dan fauna. Ada anak kita yang begini? Atau ada kenalan yang memang kita boleh lihat minatnya ke arah ini. Nak dikata ibu bapanya petani, tidak pula. Adik-beradiknya juga bukan semua mempunyai minat yang sama. Kami di sini percaya bahawa tadika perlu dinaik taraf bukan sekadar tempat untuk belajar baca, tulis dan kira. Malah lebih daripada it...

Selamat Datang 2016

Image
SIAPA NAK NAIK KERETAPI? Hari Pertama di Tadika ABS Jitra. Rutin pagi dimulakan dengan soalan akhlak oleh Cikgu Salwa. 1. Siapa yang pagi tadi datang sekolah dia mandi pagi? 2. Siapa yang pagi tadi datang sekolah dia salam ayah dan ibu? Ramai yang berlumba-lumba mengangkat tangan. Soalan akhlak adalah salah satu teknik yang digunakan untuk memudahkan seramai mungkin mengangkat tangan.  "Angkat tangan ke depan, kita nak naik keretapi. Siapa nak naik keretapi?", tanya cikgu "Rasa tangan belakang ni nak jatuh la cikgu", kata Cikpuan Muda Iyman. "Kalau jatuh nanti tertinggal keretapi", tambah seorang tuan muda. Ya Allah peliharalah keselamatan anak-anak ini dan mudahkanlah guru-guru untuk mendidik dan mendorong mereka agar cintakan ilmu.