DIA "TERISTIMEWA"
Apabila menyebut tentang kanak-kanak autisme, perkara pertama yang terbayang di benak pastilah kesukaran mereka menyesuaikan diri dengan norma hidup seharian. Percaya atau tidak, terdapat ramai tokoh autisme yang berjaya dalam kerjaya mereka dan berjaya menepikan segala rintangan dan cabaran yang mereka hadapi dari zaman kanak-kanak hingga mereka meningkat dewasa. Menurut Sinngih D. Gunarsa (2003), peranan ibu bapa dalam membantu penghidap autism sanagat penting. Ibu merupakan salah seorang figura yang penting untuk seorang anak autism kerana mereka merupakan orang yang paling rapat dalam menilai perkembangan setiap anak. Sikap penerimaan dalam keluarga juga menjadi salah satu aspek bagi membantu perkembangan seorang yang istimewa di layan selayaknya. Setiap insan layak mendapat kasih sayang seperti orang lain tanpa perlu mengukur kelebihan waimah kelemah mereka. Penerimaan dalam keluarga inilah yang memebentuk ramai tokoh yang berjaya mencipta nama setanding dengan orang h