Posts

Showing posts from December, 2019

Bagaimana Anak Kecil Menghargai Kehidupan

Image
Wah bunyi tajuk macam wow sangat 😂 Sebenarnya baru belek-belek buku lama, The Science Of Parenting. Lama dah beli buku ni, kirim dekat kawan masa BBW 2 tahun lepas agaknya. Mata terhenti dekat satu tajuk, The first love affair. "Falling in love with a parent is very important since this love is so often transferred to a love of life." Emma, seorang anak 4 tahun yang sangat "in love" dengan ayahnya. Ayahnya baru sahaja meletakkan sebekas jeli di depan Emma. Emma dengan penuh ekspresi menyatakan, "Ini jeli yang terbaik pernah saya lihat!" Emma baru sahaja memindahkan rasa cinta kepada ayahnya kepada cinta kepada kehidupan. Apabila terbaca topik ni, teringat kepada ayat seorang anak 5 tahun di Tadika Kembara Bijak kepada saya. "Cantiklah bilik Cikgu Ana, macam dekat pantai..." Masa tu baru sahaja kemas stor di tadika. Memang 'horror' jugalah stor tu . Selepas beberapa hari dibuat p

4 Tip Pertama Kali Menghantar Anak Ke Tadika

Image
                        Menghantar anak ke tadika merupakan satu pengalaman baharu ibu ayah. Jika sudah biasa ke taska biasanya peralihan tidaklah sukar berbanding yang sebelum ini duduk bersama pengasuh, tok atau dijaga sendiri oleh ibu. Teringat ada terbaca dulu beberapa tip untuk ibu ayah yang baru pertama kali menghantar anak ke tadika, 1. Bawa anak ke tadika yang telah dibuat tinjauan. Sentiasa ceritakan bila nak ke tadika, ada apa dekat tadika. Ada kawan, ada permainan. 2. Maklumkan pada anak bila kita akan ambil. Ambil tahu aktiviti anak di tadika. "Nanti lepas makan petang, mama datang ambil." "Tengok jam dekat kelas, jarum pendek pukul 1, mama datang." 3. Salam, peluk cium dan terus tinggalkan anak kepada guru bertugas. Walaupun anak menangis. Insya-Allah sekejap sahaja tangisannya. Berikan kepercayaan kepada guru. Sekiranya anak menangis tidak henti, pastinya guru akan menghubungi kita. 4. Puji anak ketika pulang. Jika ada janjikan