Menaikkan Rasa Percaya Diri Anak Melalui Aktiviti Bersesuaian Dengan Umurnya
Bayangkan dua situasi ini, dapat menjawab soalan yang diberi dan mendapat tepukan gemuruh dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Keyakinan hanya akan datang apabila kita sudah pelajari sesuatu itu dan apabila disoal, boleh pula menjawab dengan pantas dan betul. Anak-anak sedaya upaya akan mencuba menjawab soalan. Apabila setiap jawapan yang diberikan adalah salah, mereka mudah kecewa. Anak-anak kecil ini masih belum ada motivasi dalaman yang tinggi. Mereka baru berumur seawal 4 tahun, 5 tahun atau 6 tahun. Jadi bagaimana mereka dapat membentuk keyakinan diri yang mereka boleh Dengan berjaya menjawab soalan, didorong dan sentiasa dipuji. Seringkali di sekolah, guru atau pakar motivasi selalu berkata, "Tak apa salah pun, jawab sahaja." Tetapi berapa ramai yang berani mengangkat tangan? Sekiranya ramai, sudah tentu tidak keluar ayat diminta menjawab, tak kira salah atau betul. Di Tadika ABS Jitra, anak-anak sering disoal dengan format seperti, &qu