Posts

Showing posts from April, 2015

Program Kitar Semula Tadika ABS Kembara Bijak

Image
Hari ini pelajar didedahkan dengan ilmu kitar semula. Mereka semua generasi akan datang yang akan mewarisi apa yang kita tinggalkan. Semoga usaha kecil ini dapat memberi impak yang besar di hati anak-anak. Buat ibu/bapa pelajar, tuan/puan boleh membawa barangan yang boleh dikitar semula ke sekolah. Kutipan akan dibuat secara berkala setiap bulan. Taklimat dan kutipan akan dibuat oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada 23 April 2015 (Khamis) jam 9.30 pagi. Semua dijemput hadir. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah (Berdaftar di bawah KPM) 04 917 3221 0177784681 (Puan Nurul)

6 Keistimewaan Belajar al-Quran Kaedah Haraki

Image
Dibawakan khas untuk semua. Daripada tak pandai baca Al Quran sehinggalah boleh membaca Al Quran secara bertajwid. Kesemua modul ini direka khas untuk disampaikan dalam masa 7 jam sahaja. 1. Mudahnya baca al-Quran 2. Huruf Hijaiyah 3. Panjang pendek 4. Tanwin 5. Bunyi Pantulan 6. Waqaf 7. Muqataah 8. Rasm Uthmani Keistimewaan kaedah Haraki: Cepat Inovatif Mudah difahami Menepati hukum Tajwid Tanpa alatan Menarik dan menyeronokkan Pendaftara dibuka sekarang untuk pelajar 7-12 tahun dan dewasa (sesi malam). Lokasi : Tadika ABS Mergong (Chico Einstein) Alor Setar Hubungi Puan Nurul di talian 017 7784681 (whatsapp/sms/telefon) untuk pendaftaran. Kelas Belajar al-Quran Alor Setar

Bagaimana Cara Memegang Pensel Dengan Betul?

Image
Selasa 7 April 2015 Sementara menunggu giliran membaca, para pelajar ditunjukkan cara 'mencubit pensel' agar dapat mengingat cara yang betul memegang pensel. Cara memegang pensel dengan betul dapat membantu pelajar menulis dengan lebih cepat dan lancar. Mula-mula minta anak cubit cikgu. Biasanya mencubit hanya menggunakan dua jari iaitu menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Selepas itu, tunjukkan pensel minta mereka mencubit pensel pula. Nampak lebih berkesan daripada menggunakan gaya pistol sebelum ini.

Selamat Datang April

Image
Sabtu 4 April 2015 Jadual kelas 4 Aktif, 5 Bijak dan 6 Santun telah siap. Kelas Bacaan Bahasa Melayu & Iqra' akan diteruskan setiap pagi Ahad hingga Selasa. Senaman pagi akan dibuat setiap hari Rabu. Aktiviti Motor Halus, 'Smart Solat', Kelab Usahawan Abdul Rahman Auf ('ARAF) dan Kreativiti akan dibuat pada setiap hari Khamis. Kelas Sains Little Ibnu Sina akan diajarkan mengikut kelas dan akan dikendalikan oleh Cikgu Laila. Pembelajaran sains melalui cerita ini akan membawa para pelajar meneroka alam sains dengan cara yang menggembirakan. Watak-watak seperti Pakcik Kismis, Mat Plastisin dan Puteri Kadbod akan menemui para pelajar. Kebesaran Allah dapat ditemui di sebalik sains. Cikgu Maziah akan mengajar subjek Matematik dan Bahasa Arab Bahasa Syurga pula akan dikendalikan oleh Cikgu Salwa. Subjek Jawi juga akan turut diajarkan supaya para pelajar lebih cekap mengenal dan menulis jawi. Cikgu Salwa juga akan mengendalikan kelas Pendidikan